Saturday, 30 July 2016

Doa

Doa..
setiap daripada kita, hambaNya sentiasa kan berdoa
namun, dunia pada zaman kini adalah dunia yang dimonopoli oleh media sosial
Buktinya,
even doa juga disalurkan melalui media sosial
bukan melalui solat diatas tikar sejadah

aku juga pernah melalui umur remaja zaman kini
umur dimana semua benda ingin diluahkan di media sosial
namun, akan tiba waktunya
untuk mereka menyedari bahawa semua itu hanyalah perkara yang sia2

dulu mungkin perkara biasa bagi aku
melihatkan kawan2 meluahkan rasa di media sosial, WeChat dan Facebook terutamanya
kerana aku juga begitu
namun kini, terasa sayu pula
melihatkan generasi kini yang masih mengamalkan dan melakukan
perkara yang sama walau tahun telah silih berganti

aku bukanlah manusia yang alim
mahupun suci tanpa debu2 dosa
namun,
pabila kupandang kebelakang
melihatkan kelakuan lama
kadang terfikir, kenapa generasi selepasku
masih mengulangi perkara yang sama?

kini mula berfikir
apakah tujuannya menulis kata2 doa di media sosial
andai tangan masih lagi mampu ditadah meminta kepadaNya
hebatkah media sosial sehingga ramai yang meminta disitu daripada meminta daripada Dia,
Tuhan yang Menciptakan?
termakbulkah doa andai diluah di media sosial daripada diminta daripadaNya?
manakah yang lebih berkuasa?

bila memikirkan semua tu
satu demi satu kata2 doaku di media sosial kupadam
kerana berdoa menandakan kita lemah
yang kita tidak mampu melakukan seperti yang dipinta
tapi perlukah diluah di media sosial
untuk apa?
supaya dunia mengetahui kelemahan kita?
supaya dunia mengetahui aib kita?

meluahkan doa di media sosial
kadang,
bukan sahaja tiada apa yang mampu dicapai
namun,
kadang akan hanya mendapat cacian makian dan perlian manusia
yang nantinya akan kau benci
tapi, sedarkah engkau..
perbuatan itu adalah berpunca daripada diri engkau sendiri..

manusia memang suka menilai
namun hanya menilai pada apa yang dipamerkan pada mereka
mampukah engkau menilai emas permata
yang masih belum engkau temui?
tidak, kerana emas permata hanya dinilai setelah dipamerkan

begitulah halnya dengan diri engkau
walau engkau bukan emas permata sekalipun,
walau engkau sebaik mana pon
akan tetap punya suatu kekurangan
kerana kita dilahirkan sebagai manusia
yang kan punya kelebihan dan kekurangan tersendiri

jadi,
jagalah diri..
sebaik2 dirimu..

END

Friday, 22 July 2016

Abah

Abah..
Ayah ke, papa ke, abi ke..
Panggilan untuk seorang insan bergelar bapa..
ada yang dapat mengenali dan ada yang tidak dapat mengenali
ada yang dapat bersama dan ada yang tidak dapat bersama
ada yang sporting, ada yang tegas, ada yang penyayang dan macam2 lagi..

Abah adalah panggilan yang aku gunakan..
dan untuk si dia juga..
jujur, aku bukanlah seorang anak yang rapat dengan kedua ibu bapa aku
sejak kecil, umi dan abah busy dengan kerjaya sebagai seorang guru
aku tadika juga berhampiran dengan rumah arwah nenekku,
bagi memudahkan nenekku untuk mengambilku pulang dari tadika..

masuk sekolah rendah,
aku bersekolah di sekolah tempat abahku mengajar
tapi, abahku seorang guru disiplin pada waktu dan ketika itu..
kemudian, semasa di tingkatan4
aku berpindah pula ke Melaka saat memasuki MRSM

jadi, bila masanya aku bersama mereka?
almost everytime
tapi, aku dulu sewaktu kecil
dan sehingga sekarang
adalah seekor ulat buku..
jeng jeng jeng
balik dari sekolah, aku dan adik pasti akan masuk ke 'pejabat' kami
a.k.a bilik study kami dan akan ikut tiap waktu jadual yang telah abah tetapkan buat kami
selepas habis study, kami diberi masa selama 1jam untuk bermain komputer game
thats my life once upon a time ago
yang menjadikan aku seorang yang berjaya dalam UPSR dan PMR juga
semua kerana abah

aku mungkin dingin dengan abah
tapi, bila sesuatu terjadi..
panggilan abah-lah yang akan aku seru
aku sebagai anak yang sulung
jujur tak pernah ungkapkan rasa sayang buat umi dan abah
tapi, hati dan fikiran tak pernah lupa
bila aku bekerja di KL, tiap kali ingin pulang
dan tiapkali dapat gaji
first thing yang aku fikir adalah
untuk memberikan sesuatu buat mereka

abah dan umi,
abah dan ibu..
pandanglah muka tua mereka
yang kadang tidak merungut
walau seletih mana mereka mencari rezeki
yang tidak pernah meminta
walau bank akaun mereka sendiri hampir kering
kerana dalam diam, mereka cuba pelbagai cara
agar anak2 mereka dapat apa yang diingini
agar segala keperluan anak mampu dicukupkan..

yang memberi nama
yang memberi duit
yang memenuhi keperluan
yang menjaga dalam diam
yang berusaha tanpa jemu
yang bekerja tanpa mengira masa
yang kadang sanggup hitamkan rambut kembali menutupi uban
agar sang anak tidak merasa simpati pada mereka
agar sang anak tidak memberi bantuan pada mereka
agar sang anak masih mampu memandang mereka yang 'muda'
agar sang anak tidak merasa kudrat mereka hampir pudar seiring usia mereka

abah dan umi,
along dan dikyah
we actually have our own dreams yang kami nak realisasikan bersama kamu
cuma, bertahanlah menunggu masa yang sesuai
we are trying our best to accomplish everything
sebelum kamu menutup mata
atau sebelum kami yang terlebih dahulu menutup mata
insyaAllah Allah swt akan permudahkan segala urusan hendaknya..

when you're growing up,
u wanna do things ur own way
u wanna do things that could make them happy
without them knowing it
well, that could be possible
for us, child to them but there's nothing more than satisfied enough
than seeing your parents smile and happy because of you..

dear dads,
Z & M

-end-

Wednesday, 13 July 2016

Nombor

Nombor
Well, ermm..
nombor yang aku suka mesti ade kaitan dengan nombor 3..
3, 13, 23
Ni 3 nombor fav aku..
Well, aku sendiri pon taktahu kenapa. Hee..
Nombor 23 mungkin sebab aku dilahirkan pada 23 Oktober..
dan, orang yang aku suka buat masa sekarang pun kebetulannya lahir pada 23hb jugak..
Previous crush pun 23hb jugak..
eh eh? hahaha..

Kalau nombor telefon pun, mesti kena ade nombor nie..
kadang suka masuk tandas no 3, especially dari kanan..
ape lagi pasal nombor 3?
nope, bukan anak ke3 sebab aku sulung..
lahir pun pada pukul3 tapi bukan tepat2 pukul3..
aku dilahirkan pada pukul 3.44 pagi..
dan kalau terjaga malam, mesti akan bangun dengan sndiri dalam lingkungan
pukul3 pagi hingga 330pagi..
dan kalau aku buat sesuatu, jahit ke lukis ape2 ke,
mesti aku cukupkan 3
well, a bit mystery regarding this number
ahahaha..
hmm..itu ja lah
nak cakap pasal nombor ja
mana da cakap sal serius2 pon..

-END-