Wednesday, 31 August 2016

Perempuan

Perempuan..
Ada apa dengan perempuan?
Kadang emosinya tidak menentu
Kadang dia begitu
Kadang dia begini
Bukan lelaki ja yang tidak paham dengan perempuan,
bahkan kadang perempuan sendiri tewas dengan diri sendiri
kadang perempuan sendiri takmampu kawal akan apa yang harus dikawal

kerna aku juga perempuan
perempuan
ada yang begini, ada yang begitu
ada yang nakal, ada yang baik
ada yang ceria, ada yang sopan
ada yang menunduk, ada yang memandang
tapi lumrahnya tetap sama
sebagai seorang perempuan
tidak kira bagaimanapun jua kau lihat akan dirinya

kadang hanya perempuan yang boleh 'baca' perempuan
kerna mereka tetap dari kaum yang sama
jadi jangan berusaha untuk memahami perempuan
kerana mereka tidak akan mampu difahami kadangnya

Tuesday, 30 August 2016

Envy

Tiap manusia itu dilahirkan ke dunia dengan ditemani dua perkara
Iaitu kelebihan dan kekurangan dalam diri..

Kadang tak nafi envy tgk orang lain yang lebih elok daripada diri sendiri
Tak sopan, tak matang, tak cantik, tak putih
Namun kadang, bila muhasabah diri
Sedar yang dLam diri kita, walau terpamer kekurangan
Namun yang pasti terselit keindahan ciptaanNya..

Pernah suarakan buat si dia
"Untung kan orang cantik, putih..
Ambil gambar angle Camna pown elok ja..
Pakai tudung warna apa pon elok ja..
Semua orang duk puji ja..
Buat salah pon orang sanggup butakan mata.."

Tapi,
Itu lah..
Bila muhasabah diri
Kadang terfikir
"Cantik sangat pon tak guna Aien..
Bersyukurlah dengan diri sendiri.."

Kenapa nak cantik
Tahu tak orang cantik ni kadang akan punya rasa tidak elok dalam diri dy?
Sebab apa..?
Sebab dia tahu dia cantik, dia suka ambil gambar dan dia suka upload di laman sosial
Menunggu jutaan LIKES mungkin daripada manusia2 lain
Tujuannya untuk apa ya?
Kalau dibomohkN, nak salahkan pada siapa ya?

Hijabista terutamanya...
Berhijab kononnya untuk menutup dan menjaga diri serta malu daripada dipandang lelaki bukan muhrim..
Namun kenapa masih dipamer di laman sosial andai malu menjadi alasan?
Katanya untuk menjaga diri namun yang dibuat adalah mendedahkan diri..

Kadang orang selfie sebab bangga dengan diri sendiri
Suka tengok diri sendiri yang cantik
Tapi, lagi elok bukan kalau ianya disimpan aja untuk diri sendiri
Mengapa?
Rasa tidak syok kan kalau takde orang tengok, takde orang puji cakap cantik..
Jangan biasakan diri dengan pujian..
Kelak akan memakan diri

Envy tu envy jugak
Namun bila sudah muhasabah diri,
Pasti akan temui sesuatu yang lebih baik..
InsyaAllah
Kerana manusia itu tiada yang sempurnya..

End

Monday, 29 August 2016

Restless

Restless
yang juga membawa erti kata tidak senang duduk
hee..
okay, harini cik aien pergi jumpa doktor
kan aien ada appointment hari ni
dah risau dah sebab pergi tu, ngam2 ja kul10
plus2 parking pulak penuh
aduhaii..

jauh nau aien cik aien parking
sampai depan Maybank sana
pastu cross the road like the chicken
menuju ke destinasi
tapi takdelah cross the road like the chicken
itu hanyalah tajuk assignment cik aien untuk semester lepas jerr..

tapi tapi
evento cik aien sampai ngam2 ja
doktor pula takde
sebab dy pergi ziarah seorang kenalan doktor dy kat hospital tu jugak
dengarnya sudah nazak dan akhirnya meninggal pada waktu2 itu juga..

sampai kul12 cik aien tunggu
sabar menunggu nie
haha..
tapi at the same time, countdown masa jugak
sebab parking cik aien letak syiling untuk 2jamsetengah ja
macam tau2 ja kan nak lambat
padahal kalau ikutkan, just consult
takdela kot consult sampai 2jam bagai
tapi, takpe lebih asal jangan kurang maa
kalau kurang nati dapat saman maa

okay
berbalik pada cerita
tengoklah hasil tulisan cik aien
dah terjangkit dengan gaya penulisan H.Benjamin, author kepada buku bertajuk
"CERITA BUDAK DESIGN"
cik aien kan budak design..
eccehh..
eh eh, terlepas lagi

okay then,
doktor datang dan consult explain itu ini
tapi cik aien once more kena amik x-ray
tapi masa tu dah pukul1 lebih
dah lunch hour pon..
terpaksa tunggu sampai pukul2 untuk xray..

jadi,
dikesempatan yang ada tu
sempat lagi ni drive thru KFC tepi jalan sana
lepas tu p cari parking dekat kawasan hospital
dekat sikit
plus, petang2 cenggitu memang banyak yang available parking

bla bla bla
dah xray pe sumer
doktor pon dah tengok kedudukan benda alah yang nak kne buang tu kat mna
dy pon tnye cik aien soalan cepumas
"nak surgery dalam keadaan sedar atau tidur?"
terdiam engko haaa
hahaha
pastu bincang pasal kos rawatan semua
and decide nak balik bincang dengan family dulu

jadi tadi dah decide
akan operate dalam keadaan sedar
kalau ikutkan, sakit beranak tu lagi sakit
sakit operate nie mungkin seminggu ja..
kalau sakit melahirkan tu, sampai sebulan kan pantangnya
jadi, takpela
nati akan operate dalam keadaan sedar tapi dibius
dan lepas bincang tadi
insyaAllah dalam 2minggu lagi cik aien operate
esok nak tanye sis tu dulu macam mana
either boleh ke tidak
harapnya boleh
atleast kalau dalam waktu tu,
parents dan adik ada untuk temankan
maklumlah, first timer nak surgery
sebab kalau nak surgery dalam keadaan sedar, atleast kne ade sumone temankan
nati aien takboleh nk drive balik
huuu

okaylah
sampai situ jela dlu coretan untuk kali ni
sebab ade 2tajuk lagi nak kena coret..
jadi, dah tahukan apa yang buat cik aien restless?
kena simpan sikit ayat2 neyh
heee
insyaAllah ada sambungan..
kalau ade berkaitan..haha


 
END

Sunday, 28 August 2016

Alhamdulillah

Alhamdulillah..
bukan nak tunjuk alim atau apa
tapi itulah suatu perkataan yang seharusnya diucapkan oleh insan seperti aien nie..
untuk mensyukuri dan menghargai
sebaik2 kejadian penciptaan olehNya..

kadang jujur aien cakap
aien envy sangat tengok girls zaman sekarang
putih cantik, body model..
photoshoot biasa pon boleh nampak elok..
nak letak dp sendiri yang wow wow pon senang..
xperlu nak pening2 pilih sebab letaklah gambar macam mana pon, mesti orang akan suka..
tak macam aien ni, dp social network jangan harap nak bagi nampak muka..
kadang segan, kadang demi keselamatan..
tapi kadang upload juga gmbr sekeping dua agar teman lama mengenali dan kembali berhubung..

tapi bila muhasabah diri balik
bila fikirkan balik
aien better jadi diri aien sendiri
yup, aien pon macam girls lain kat luar sana jugak..
cuba macam2 produk kecantikan demi nak jadi cantik dan putih..
hanya semata ingin dipandang sang jejaka..
hanya semata ingin cantik..
kerana bagi manusia, yang cantik itu semestinya baik..
suci bersih tanpa secalit dosa..
argh..dusta tu semua..
andainya begitu, pasti Tuhanmu tidak akan menciptakan neraka..

aien dah usaha namun kalau tidak berhasil, haruslah aien redha ja..
bersyukurlah aien menjadi aien..
walaupun kulit xseputih mereka,
tapi alhamdulillah tidak berjerawat, tidak berjeragat..
cumanya terlebih sensitif ja kulit aien nie..
perlukan penjagaan yang rapi..
lagipun, tengok jela girls diluar sana..
dah putih melepak bagai pon masih lagi edit gambar guna filter bagai..
cuba menutupi kekurangan yang terlihat mungkin..
disaat kita ingin menjadi yang lebih baik,
mungkin kita tak sedar yang ada diantara manusia yang sedang berusaha untuk menjadi seperti kita..

cantik itu subjektif..
takguna cantik andai hati melukai yang lain..
kalau ingin cantik,
biarlah selari cantiknya luar dan dalam..

eloklah aien menjadi aien
cantik itu, putih itu kadang mengundang dosa buat diri sndiri,
kadang mengundang bala buat diri sndiri..
kenapa mahkota wanita perlu dijaga dan dilitupi?
kerana wanita itu cantik tanpa hijab..
cantik bukan mereka yang free hair?
namun lagi manis andai mahkota dilitupi..
perempuan itu sendiri sedar dimana kecantikannya..

kadang, yang cantik itu membawa padah..
kenapa? bagaimana?
bila awak rasa awak cantik, awak akan ambil gambar..
awak akan jadi suka untuk diambil gambar..
dan kadang awak akan terasa seolah ingin menunjukkan pada semua akan gambar itu..
dengan mempamerkan diri sndiri,
sudah hilang serba sedikit rasa malu dalam diri..
kerana itulah, hijabista dikecam apabila upload gambar ke laman sosial..
kerana mereka berhijab sehingga menutupi muka..
dan mempamerkan hanya sepasang mata,
kononnya untuk menjaga diri daripada pandangan yang bukan muhrim..
and yet, they took pictures and uploaded them on social network..
tak salah bergambar, tapi simpanlah untuk diri sendiri dan dikongsi bersama teman2 sahaja..
kadang kita tak sedar, mungkin gambar yang kita upload diambil dan disimpan oleh ntah yang siapa2..
mungkin jd tatapan mata2 yang tidak diketahui niatnya..

jadi, begitulah..
bersyukurlah menjadi diri sendiri..
andai diri punya kekurangan,
cubalah untuk perbaiki..
dan jadilah yang lebih baik..
hamba Allah swt yang lebih baik..
insyaAllah..
kerna tiap2 yang Allah swt ciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing2..

END

Friday, 26 August 2016

Surgery

Alhamdulillah
selama hidup ni, takde penyakit yang membawa sampai ke hospital.
cuma penyakit biasa yang perlukan rawatan biasa je tu, biasalah..

tapi bila tengah cuti semester nie,
buatlah suatu keputusan
yang seterusnya insyaAllah akan mengubah serba sedikit life aien pada masa akan datang
berubah kepada yang lebih baik mungkin..insyaAllah

mulanya hanyalah checkup biasa
kemudiannya membawa kepada perlunya X-Ray
dan hasil X-Ray membuatkan aien terdiam seketika
surgery
yup, tindakan yang harus dilakukan agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang
buat diri aien sendiri
Allahurabbi..
selama hidup, tidak pernah admit ward.
even masa kecil dlu pernah kena hempap dengan pagar rumah pon,
alhamdulillah tiada yang patah serius
cuma perlukan rehat dan urutan magikal daripada arwah nenek..

lama jugak aien berfikir tentang surgery tu
kadang sebelum tidur, sempat skrol dan baca blog tentang pengalaman orang yang pernah surgery
seriusly jadi seriau tiapkali baca
tapi, sementara cuti, umi abah galakkan buat awal2
yup, ibu bapalah yang mahukan hanya yang terbaik buat anaknya
jadi, akhirnya tekad
untuk menjalani surgery itu walaupun sebenarnya ia adalah suatu pilihan

jadi sendirian ke HUSM memandangkan umi abah bekerja
kat sana 2orang doktor pakar meneliti hasil ujian XRay
berbincang tentang prosedur yang harus mereka ambil
jadi, hari Isnin nanti,
aien kena pergi lagi ke sana.
seakan HUSM dah jadi tempat lepak pula
sebab hari Isnin nati akan menjadi kali ke-3 aien kesana
mungkin selepas itu akan ada lagi rawatan susulan

hari Isnin nati aien akan jumpa doktor, Prof Norhayati namanya
itu yang tertulis dalam kad temujanji
perbincangan akan dijalankan
cuti semester dah nak habis
harapnya aien operate sebelum buka semester baru
bolehla rehat dulu kan?
apa2 pon, semoga yang baik2 saja terjadi

seriusnya kan baca?
well, aien baik2 ja..
minor surgery ja
not a fatal one..
surgery apa?
insyaAllah, bila masanya tiba
aien akan bagitau..


END

Wednesday, 24 August 2016

Addiction

Addiction
got new addiction lately
baby breath's flowers
cantik sangat..

entah macam mana boleh terjebak
tersuka tanpa sengaja
to this fella
aduhaii..
tapi, mana nak cari kat Malaysia nie?
adakah?

nak tengok macam mana rupa benda alah
yang berjaya curi hati cik aien sorang nie
dengan sekilas ja?
jeng jeng jeng
satgi korunk pulak terjatuh hati camna?
huhu...

susun cantik2 hias dalam bilik kan cantik

cantik ni kalau dapat buat mini garden macam nie..hee

nati kawen buat macam ni lah

soft view.. haih..

-END-

Sunday, 21 August 2016

Anniversary

Anniversary
2hari lepas baru ja genap 1tahun9bulan usia perkenalan
yup, he is my super duper best man..
mane ade orang boleh ganti haa..

Gaduh, bebel, salah faham tu memang biasa
tp, atas izin Dia
alhamdulillah still together
tiap malam mohon yang terbaik
walau permulaan perhubungan itu tidak terduga

macam mana boleh kenal mamat senget nie?
alkisahnya bermula apabila sama group
sebab masa tu dah last minit nk join group,
jadi rasanya aku follow sape ntah masuk group ni
and dy as ketua kumpulan call la aku sebab nak konfirmkan aku join group dy
dan situlah bermula sesi berkenalan

since buat aktiviti kat Kelantan and aku asal Kelantan
just mampu bagi guide jela sal kawasan sini dan ape yang ade
well, aku pon bukan familiar sangat
bukan kaki merayap aku neyh..

i can say, not fall for first sight
more to first meeting, alone
coz of his personality
and yeah, we shared a lot
maybe he was too comfortable with me
yang buatkan dy senang ja cerita semua benda
even certain benda yang orang laen blom tahu
tetibe rindu dy
hahaha

hmm..
sebelum masuk u ni
mmg niat aku ade 2 ja pon
ntok sambung belajar dan untuk cari jodoh
puii..xsedar diri..hahaha

sebab few years sebelum nie
aku break ngan sumone
yang dah berjaya patah pecahbelahkan hati aku berderai
sampai aku perlu ambil masa bertahun untuk membina hati baru dengan bantuanNya
dan bila dah break
memang certain orang akan jadi lebih dekat dengan Dia
sebab masa tu, Dia lah yang jadi harapan utama

ok..next time cerita pasal tu
haha

jadi, begitulah
mengaku aku ade buat silap dengan dy
sape yang takpernah gaduh kan
sebab sayang lah gaduh

pena gaduh, pena xcontact seminggu
pena block unblock (*yang ni kelakar, macam budak2)
well, sebab perangai budak2 ni la fb pon kne block
tapi, block fb xsmestinya xcontact kn?
ape orang tau?
dan xsemestinya yang friend kt fb tu contact kan?
nobody knows..

well
kat sini nak cakap
kita dah 1tahun9bulan
moga kita masih bersama di masa2 akan datang
insyaAllah andai Dia izinkan

psst..
awak..
selalu saya cakap kat awak..
saya sayang awak tau..
care saya kat awak lebih tahap5 tau (*jangan tanya lagi)
guardian angel kat hati saya ade seorang ja tau
Ultraman Z pon ada satu ja tau
jaga leklok taman hati saya nie
terima kasih..



-end-

Saturday, 20 August 2016

Niat

Dalam tiap sesuatu situasi
atau ape jua yang ingin kita lakukan
first things yang kita kena fikir adalah
NIAT kita dalam membuat perkara tersebut..

contohnya kita nak tulis mengenai sesuatu
jadi, apakah niat kita dalam menghasilkan tulisan itu?
tujuan kita apa?
aku tulis blog dengan niat dan harapan agar
ape yang ada dalam hati aku ni mampu diselami sesetengah pihak
agar aku tidak dihakimi sebelah mata
agar apa jua yang aku coretkan boleh menjadi sesuatu buat seseorang
misalnya, pengajaran

umur tidaklah setua mana namun sudah banyak naik turun dalam kehidupan
yang telah aku lalui
tidak padan dengan usia aku
pengalaman mendewasakan, mematangkan diri
namun terkadang, aku sendiri masih belum mampu untuk menjadi seorang yang matang
mungkin kerana sifat kebudak2an ni tidak terserlah keseluruhannya disaat aku masih kanak2

terkadang memang menulis dengan niat untuk ditujukan buat seseorang
jadi, buat awak dan awak yang mungkin terasa dengan post saya
yes, i admitted it
mungkin ade sesetengah entry ditujukan buat anda..

dalam beribadah juga
dunia sekarang menyaksikan manusia beribadah di laman sosial
apa yang saya maksudkan?
tengoklah laman sosial yang kita sertai sekarang
ada bukan entry yang membuktikan keimanan kita di laman sosial?
bersyukur di laman sosial, berdoa di lama sosial, meluahkan rasa di laman sosial
seolahnya kita berimankan, bertuhankan lama sosial
jadi, andainya begitu..
kenapa manusia itu sendiri merasa marah andai dihakimi ribuan manusia?
sedangkan diri sendiri yang mempamerkan itu semua kepada mereka?

kadang, apa yang kita syukuri, apa yang kita inginkan
biarlah hanya menjadi rahsia kita dengan Pencipta kita
ketahuilah manusia, tidak semua manusia memiliki apa yang kita miliki,
tidak semua manusia merasai apa yang kita rasai
dan tidak semua manusia hidup dengan sempurna
tiap manusia itu ada pasang surutnya sendiri
kita tidak mengetahuinya kerana ianya tidak ditonjolkan


dalam bab post gambar di laman sosial pula
kadang apa niat kita post gambar makanan, apa yang kita masak pada mata dunia?
sedarkah kita ada yang tidak mampu menikmati apa yang kita nikmati?
yang hidupnya hanya bertemankan sisa2?
kita post gambar kita yang cantik2 dengan pelbagai gaya
tapi kita mungkin tak pernah terfikir akan manusia
yang tidak mampu untuk mencipta kenangan walau dengan sehelai gambar sekalipun
kerana ada manusia yang dilahirkan dengan tidak sempurna
yang apabila gambarnya dimuat naik hanya akan dikeji
kadang kita post gambar dengan ahli keluarga
sedang ada antara kita yang tiada berkeluarga
banyak lagi contoh boleh diberi
namun, kita sudah dianugerahi akal dan fikiran untuk digunakan sebaiknya
agar perbuatan kita tidak mengguris hati manusia yang lain tanpa kita sedar

jadi,
tiap sesuatu yang kita ingin lakukan,
fikirlah kenapa kita ingin melakukannya
untuk tujuan apakah
untuk siapakah?

-end-