Monday, 17 August 2015

Musim Masuk Universiti

Bulan September semakin menghampiri. Rata-rata student lepasan matrik, STPM dan setaraf dengannya sudah mula mendapat jawapan either dapat sambung belajar ke peringkat yang seterusnya ataupun tidak. Tahniah diucapkan buat adik2 yang dapat offer sambung belajar. Alhamdulillah, rezeki untuk sambung belajar itu masih ada. Bersyukurlah terutamanya yang mungkin mendapat lebih daripada 1 tawaran kemasukan. Iyelah, kita mungkin tidak tahu, tetapi mesti ada juga dalam kalangan teman-teman sebaya kita di luar sana yang tidak mendapat peluang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Rezeki masing2, siapa yang tahu kan?

awak tahu tak macam mana rasanya bila tidak dapat tawaran seperti orang lain?

Saya tahu sebab saya sendiri pernah mengalaminya. Pertamanya, selepas SPM bilamana teman-teman kebanyakkannya dapat masuk matrik. Saya tak dapat masuk matrik. Pengalaman duduk matrik pun saya tak tahu camner rasa dia. Yang ada hanyalah pengalaman duduk di MRSM. Seronoknya dengar kawan2 bergembira lebih2 lagi bila ada antara mereka yang dapat tempat sama. Jodoh persahabatan mereka masih panjang rupanya. Tapi, di sebalik itu semua, alhamdulillah saya dapat tawaran Diploma. Dapat offer Diploma buat saya rasa bangga sedikit sebab dulu saya selalu ja jadi student top5 BOTTOM. Hahaha.. Nama ja student MRSM, tetapi bersaing dengan budak pandai ni, lain ceritanya. Atleast, kalau ada rezeki, dapatlah saya cepat menempuh alam pekerjaan. Sedangkan kawan di Matrik, perlu menyambung pelajaran lagi sebelum menempuh alam pekerjaan. Apa yang saya fikir waktu itu, ini peluang untuk saya melonjak selangkah lebih hadapan daripada mereka. tetapi, rahsia rezeki itu di tangan Tuhan.

Kali keduanya, selepas Diploma. Memandangkan CGPA tidak setinggi kawan2 yang lain disebabkan oleh kurangnya usaha serta masalah2 yang dihadapi sepanjang proses ke alam dewasa neyh, maka tertinggallah saya di belakang. Walaupun begitu, dengan hanya segulung diploma, tekad juga cari kerja. Masa tidak dibazir begitu saja. Masa tidak menunggu kita tau. Dan disaat teman2 sedang struggle belajar demi segulung ijazah, alhamdulillah, saya pula ketika itu berada di syarikat beprestij antrabangsa. Walaupun dengan hanya berbekalkan diploma. Kerna itu saya cakap, rahsia rezeki itu di tangan Tuhan. Dengan hanya berbekalkan Diploma Pengajian Perniagaan, saya sempat merasa pengalaman bekerja di syarikat antarabangsa. Dengan dua jawatan berbeza, Vessel Account Assistant dan Payroll Officer. Rezeki itu datang lagi dengan tawaran menyambung pengajian di UMK.

Jadi, buat adik2 diluar sana, bersyukurlah dengan apa yang anda dapat pada waktu dan ketika ini. Peluang itu tidak datang selalu. Tidak rugi mengambil peluang. Yang ruginya apabila kita menolak peluang yang datang kerna kita tidak tahu apa yang akan mendatang kemudiannya. Sesetengah orang, rezekinya datang selepas dia memulakan langkah pertama.

Saya merupakan pelajar Tahun 2 Universiti Malaysia Kelantan dalam bidang Rekabentuk Komunikasi. Tetapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa saya bukanlah sebaya mereka yang sama batch dengan saya. Fizikal membuatkan saya kelihatan seperti saya sebaya saja dengan mereka. Tidak dinafikan, kadang2 saya fikir mereka sangat tidak berfikiran matang dalam sesetengah perkara. Zaman diploma saya dulu tidaklah begitu. Mungkin trend zaman ini yang membuatkan mereka begitu. Tetapi, biarlah. Zaman kami Diploma dari umur 19 sehingga 21tahun, kami juga bersifat kebudak-budakan.

Pesanan untuk adik2, sepayah mana pun sesuatu itu, cubalah sehabis baik. Kesusahan di zaman universiti itu hanyalah mungkin 5/10 daripada waktu anda bekerja suatu hari nanti. sesibuk mana pon alam universiti, atleast masih ada yang mampu luang masa hangout tak kira masa, kuar sampai lewat malam, date instead of study, maen game bagai, beriadah. Tetapi, bila dah masuk alam pekerjaan, untuk luang masa tengok tv pon kadang2 masih fikir kerja. Lainlah kalau lepas habis belajar ja, jadi boss goyang kaki dalam bilik. Oh, bukan semudah itu ya. Saya punya saudara yang bekerja dan mempunyai pangkat yang tinggi dalam organisasinya. Tetapi, aktiviti kerjanya tidak hanya di pejabat. Malahan dia harus pergi ke mana saja anak buahnya pergi hatta masuk hutan camping sekali dengan diorang bersama. Dulu saya pun goyang kaki jugak di ofis tetapi, ofis bukan kita yang punya jadi ada yang memerhati. jadi obviously, kena buat kerja even takde kerja dan kena cari kerja even bukan urusan kita. Suatu hari nanti, pasti anda semua akan merasai pengalaman itu. Tapi, alam pekerjaan itu menyeronokkan sebenanrya.

Well, universiti mana pun awak masuk, kos ape pon awak dapat, cuba dan berusahalah. belajarlah berdikari kerana melangkah masuk ke alam universiti menandakan anda juga sedang melangkah masuk ke alam dewasa. awak bukan lagi budak kecil yang makan bersuap lagi. awak kini adalah seorang yang makan sendiri. jadi, berdirilah di atas kaki sendiri. Rahsia rezeki itu di tangan Dia. Redha lah dengan tiap assignmnt yang mendatang. siapa tahu itu mampu membantu anda suatu hari nanti. saya bekas pelajar diploma pengajian perniagaan tetapi mendapat kerja dalam bidang perakaunan walaupun kami hanya belajar basic ja untuk akaun dulu. nampak tak, even subjek yang biasa2 mampu tolong kita create our own future. jadi jangan amik mudah akan apa ja yang akan awak belajar nati. selagi kita hidup, kita harus belajar dan belajar walau dari mana pun sumbernya.

jadi, selamat belajar buat adik2.

cc:Tuan Bayiruddin for the topic

No comments:

Post a Comment