Monday, 29 February 2016

Kawan1

"nak putuskan persahabatan tu, adalah keputusan kau yang salah.."

ermm..iyelah, sebab dialah kawan yang ade masa kau susah senang, yang ada dengar luahan kau, yang terima kau seadanya, yang kadang sanggup tahan ngan kerenah kau, yang nasihat kau itu ini, berkongsi cerita dengan kau.. sebab dialah kawan yang sentiasa ada untuk kau even kadang kau layan dia seburukmana pon, sebab dia kawan yang kadang tahu apa yang tersirat dalam hati kau tanpa perlu kau luahkan..

hargailah kawan yang sentiasa ada dengan kau. masing2 pon ada masalah sendiri. masing2 pon kadang tak mampu nak selesai masalah sendiri tapi masih sanggup ada dengan kawan yang memerlukan. kerna kadang kawan itu boleh diibarat seperti keluarga sendiri andai kita berada di perantauan dan jauh dengan keluarga kita..

cinta boleh dicari, jodoh akan datang dengan sendiri. tapi kawan yang akan stay dengan kau sampai bila2 tu, sukar dicari ganti. kau mungkin sakitkan hati dia dengan silap yang dia mungkin lakukan tapi andai dia masih pertahankan hubungan kamu, ketahuilah bahawa dia pasti berubah tanpa kamu sedari kerana baginya, persahabatan kamu dengannya adalah jauh lebih penting dan sanggup direndahkan ego demi menjaga sebuah hubungan..

silap manusia kerana manusia. dan tiada manusia yang boleh lari dari melakukan kesilapan. kesilapan boleh dibaiki tapi kawan yang pergi susah dicari ganti terutamanya andai dia adalah seorang kawan yang kau boleh kongsi segala rasa tanpa batas..

kadang kawan itu, walau kau robek hatinya dan dia masih ada disisi kau, adakah kau tahu sebabnya? kerna dia mungkin lebih mengenali engkau berbanding teman2mu yang lain. kerna disebalik senyuman yang kau pamerkan pada yang lain, dia tahu duka yang tersirat didalam hati kau dan dia akan tetap berada disisi kau..sebab kadang, dialah punca pada kedukaan hati kau..

tiada persahabatan yang tiada rintangan. jatuh bangun harus dihadapi bersama agar perhubungan terjaga. salah dan silap harus saling diperbaiki. suatu perhubungan itu tidak seharusnya diputuskan hanya kerana sebab yang tidak matang..

walau kita mungkin mengenali seseorang itu dalam jangka masa yang singkat, tapi siapa tahu andainya dialah yang akan menjadi teman terbaik kita.. :)

Friday, 26 February 2016

Trend

trend?
ape trend sekarang?
pakaian? tudung? viral?
orang suka kan ikut trend?
kenapa?
kalau tak ikut trend, nampak sangat kolot ke?
cakap macam aku tak ikut trend kan?
aku pown ikut jugak tapi lambat sket la..
hahaha..

kalau cakap sal pakaian
sekarang ni kalau untuk pompwan la..
banyak kan baju labuh2
konon untuk jaga aurat
tp..kalau betul ntok aurat, kenapa nipis?
aku pon ade baju cmtue..yg macam ade inner ngan kain chiffon as alas tu..
adelah dalam 3-4 helai baju camtu..
sampai member panggil baju tu, baju takde protection..hehe
yup, memang labuh tapi ade part yang jarang,
ade part yang still menampakkan bentuk..
pastu baju yang memang direka ngan saiz besar
kadang suka juga baju camtu tapi..
sangat taksuka bila kakak atau makcik owner cakap
"baju ni besar ni dengan awak ni"
ye, saya tau saya kecik ja.. baju ni besar
kenapa sekarang trend baju besar camnie?
orang yang berbadan besar je ke yang kne tutup dan jaga aurat..
iyela,bila yang berisi ni pakai longgar2 semua nampak sopan ja..
kalau yang kecik molek macam aku ni pakai baju longgar besar camtue?
"besarnye baju awak"
nampak tak persepsinya?

baju yang besar boleh dikecilkan tapi baju yang kecil takboleh dibesarkan..
kami yang badan kecik ni pown nak jugak nampak sopan..
kalau pakai baju kecik saiz kami2, nati kena kutuk..
cakap pakai baju adik2 la pulak..
susah tau kadang2 jadi orang yang berbadan kecil nie..hehe
nak jugak macam orang laen,
pakai ape pon nampak ok je..
bukan yang berbadan besar je kadang ade masalah ngan pemilihan baju..
kami yang badan kecil pon bermasalah juga andai trend2 yang akan mendatang melebihkan yang berbadan besar drpd kami yang berbadan kecil..
in the end, pe kami nak pakai nati?
takkan setiap helai baju kami nak alter..?
nak cakap ape lagi pasal pakaian?

owh, sebelum lupa..
taksalah untuk ikut trend tapi mohon jangan tersalah ikut trend
baju mungkin dah labuh, tapi takbermakna andai seluar masih ketat, tudungnya masih singkat..
pakaian itu dibuat dan direka untuk menutupi dan menjaga ape yang patut dijaga,,
begitulah..
dan tak bermakna juga andai lisan dan hati tak terjaga..
apa kaitan?
kerana kadang pemakaian itu melambangkan keperibadian..
bukan ja pemakaian yang perlu diubah,
tapi dari dalam hati juga perlu dijaga..

hmm..ayat hilang
hahaha..
stop sampai sini jela dulu..
lenkali cakap sal trend len pulak
hee >.<

Friday, 19 February 2016

Mimpi

semua orang pernah bermimpi
itu..sudah pasti
tapi, adakah semua mimpi itu mainan tidur semata-mata?
bagi aku, tidak semua mimpi itu mainan tidur
kerna ada yang punya maksud tersendiri
Kerna ada yang membawa erti

Ada mimpi yang buruk
Ada mimpi yang indah
Sebolehnya yang buruk itu tidak mahu terjadi realiti
Dan yang indah itu diharapkan menjadi nyata

Ada yang jelas
Ada yang kabur
Ada yang mampu diingati
Dan ada yang hilang saat mata dibuka
Dan kita terpinga2 sendiri

Mungkin bukan aku seorang ja
Yang bermimpi akan suatu yang akan terjadi
Dan bila situasi itu benar terjadi
Diri jadi keliru kerna terasa seperti situasi diulangtayang
Seolah itu adalah drama
Drama hidup kita
Yup..drama hidup kita diTangan Sang Pencipta
Kita yang meniti hari2 yang telah siap ditulis olehNya

Tapi
Ada suatu mimpi
Yang aku alami sejak dulu hingga kini
Tempat berbeza namun situasi yang sama
Dimana pengakhirannya, aku jatuh
Jatuh dari tempat tinggi

Andai aku diatas bangunan, jatuh dari bangunan
Andai aku digunung tinggi, jatuh dari cenuram
Andai aku sedang meniti, jatuh dari titian
Yang pasti, aku pasti akn jatuh
Jatuh ke mana, tidak aku ketahui
Kerna bila saat jatuh itu tiba, seringkali aku terjaga
Haruskah dianggap mainan tidur andai ia berulangkali
Atau adakah suatu hari nati,
Akan terjadi peristiwa itu?

Entahla
Aku tidak tahu



Saturday, 13 February 2016

Bahagia

Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku
Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu
Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya
Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya
Bahagia
#zam#