Monday, 29 February 2016

Kawan1

"nak putuskan persahabatan tu, adalah keputusan kau yang salah.."

ermm..iyelah, sebab dialah kawan yang ade masa kau susah senang, yang ada dengar luahan kau, yang terima kau seadanya, yang kadang sanggup tahan ngan kerenah kau, yang nasihat kau itu ini, berkongsi cerita dengan kau.. sebab dialah kawan yang sentiasa ada untuk kau even kadang kau layan dia seburukmana pon, sebab dia kawan yang kadang tahu apa yang tersirat dalam hati kau tanpa perlu kau luahkan..

hargailah kawan yang sentiasa ada dengan kau. masing2 pon ada masalah sendiri. masing2 pon kadang tak mampu nak selesai masalah sendiri tapi masih sanggup ada dengan kawan yang memerlukan. kerna kadang kawan itu boleh diibarat seperti keluarga sendiri andai kita berada di perantauan dan jauh dengan keluarga kita..

cinta boleh dicari, jodoh akan datang dengan sendiri. tapi kawan yang akan stay dengan kau sampai bila2 tu, sukar dicari ganti. kau mungkin sakitkan hati dia dengan silap yang dia mungkin lakukan tapi andai dia masih pertahankan hubungan kamu, ketahuilah bahawa dia pasti berubah tanpa kamu sedari kerana baginya, persahabatan kamu dengannya adalah jauh lebih penting dan sanggup direndahkan ego demi menjaga sebuah hubungan..

silap manusia kerana manusia. dan tiada manusia yang boleh lari dari melakukan kesilapan. kesilapan boleh dibaiki tapi kawan yang pergi susah dicari ganti terutamanya andai dia adalah seorang kawan yang kau boleh kongsi segala rasa tanpa batas..

kadang kawan itu, walau kau robek hatinya dan dia masih ada disisi kau, adakah kau tahu sebabnya? kerna dia mungkin lebih mengenali engkau berbanding teman2mu yang lain. kerna disebalik senyuman yang kau pamerkan pada yang lain, dia tahu duka yang tersirat didalam hati kau dan dia akan tetap berada disisi kau..sebab kadang, dialah punca pada kedukaan hati kau..

tiada persahabatan yang tiada rintangan. jatuh bangun harus dihadapi bersama agar perhubungan terjaga. salah dan silap harus saling diperbaiki. suatu perhubungan itu tidak seharusnya diputuskan hanya kerana sebab yang tidak matang..

walau kita mungkin mengenali seseorang itu dalam jangka masa yang singkat, tapi siapa tahu andainya dialah yang akan menjadi teman terbaik kita.. :)

No comments:

Post a Comment