Monday, 28 March 2016

Ketenangan

Tenang..
Itulah yang dicari insan yang bernama manusia
Tatkala hati gelisah, fikiran buntu, dan keputusan perlu dibuat
Lain orang lain caranya untuk mendapatkan ketenangan
Tapi lumrah hidup seorang insan bernama manusia,
yang pertama dicarinya adalah juga insan bernama manusia..
kerana melalui manusia jugalah jawapan mampu dicapai
namun belum tentu dapat memberi ketenangan..

usahlah mencari ketenangan melalui manusia
kadang manusia hanya mampu mendengar dan kadang mampu memberi pendapat
namun, adakah ketenangan mampu dicapai melalui cara itu?
jawapan yang dicari kadang tidak dijumpai
kadang keinginan hati membatasi akal fikiran 
dan akhirnya diri memilih untuk melelapkan mata agar apa yang dirasa
dapat dilupakan walau hanya untuk seketika cuma
tapi, saat mata kembali dibuka
senyuman yang hadir hanyalah seketika cuma
kerana apa yang dirasa kembali bertaut

jadi harus bagaimana ketenangan itu dicapai?
sujudlah, hayatilah tiap bait kalam Allah swt
bukalah mata saat semua tidur diulit mimpi nan indah
bukan untuk perkara yang sia2 tapi demi sebuah ketenangan

benar bahawa ketenangan itu tidak mampu dicapai dalam masa semalaman sahaja
namun, apa yang dicari pasti akan ditemui andai kita istiqamah
berusahalah mencarinya dan insyaAllah Dia pasti memberi jalannya
tidak kira cepat atau lambat waktunya
tapi yang pasti, jalannya pasti ditemui
kerana janjiNya tidak pernah dimungkiri

kadang kita perlukan manusia disisi untuk mendengar tiap luahan rasa
tapi mungkin kita terlupa, Dia tidak pernah meninggalkan kita walau selangkah cuma
Dia setia disisi disaat kita ingat dan disaat kita lupa akanNya
jadi, carilah masa untukNya kerana Dia sentiasa punya masa untuk kita
Dia yang sentiasa menantikan bicara kita padaNya..

carilah Dia disaat senang dan sukar
agar ketenangan itu mampu dimiliki
kerana ketenangan yang dikurnia olehNya
takkan mampu menandingi ketenangan yang diberi manusia
dan insyaAllah apa yang diberi olehNya
hanyalah yang baik2 dan hanya terbaik untuk kita..
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tiap sesuatu
yang buruk mahupun yang baik yang telah direncanakan olehNya
sejak azali...


No comments:

Post a Comment