Kematangan..
Apa yang dimaksudkan dengan perkataan tu?
dari segi dan sudut mana ia dinilai?
macam mana nak bezakan orang yang matang dengan tidak?
pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis pendapat
dan pelbagai macam pandangan..
tapi si dia pernah berkata
"kematangan seseorang itu tidak diukur dengan umur seseorang"
makin dewasa seseorang, makin matangkah?
adakah kedewasaan itu menjamin kematangan seseorang?
ada juga yang berkata,
pengalaman mematangkan kita dengan akibat, keputusan dan tindakan kita
yang pernah kita lakukan suatu ketika dulu..
yup, umur tidak boleh dijadikan ukuran kematangan seseorang
begitu juga paras rupa
sebenarnya, bergantung pada seseorang itu
tentang bagaimana harus dia mengendalikan sesuatu
dengan cara yang betul..
kita masih lagi belum matang bila dan ketika kita..
masih dengan hiburan
guna gambar artis kpop as DP
mengikut ikutan trend terkini yang ntah apa2
guna perkataan trending terkini
meluah rasa dilaman sosial
pose yang pelbagai bila bergambar
gaduh atas benda yang kecil
perbesarkan isu yang entah apa2
block itu ini bila gaduh tp unblock bila dah baik
ape lagi?
bagi aen,
awak takmatang bila awak berlagak seolah2 awak seorang yang matang,
yang seolah telah hidup selama beratus tahun lagi lama daripada aen,
seolah awak telah merasai tiap perkara, dan seolah awak tahu semua perkara tapi sebenarnya..
luahan rasa tidakpuas hati awak dilaman sosial, selfie wefie groufie awak pose duckface bibir muncung pejam2 mata bagai, diam2 awak ubi berisi, diam2 awak namun ayat lancang ditaip,
gaduh pasal isu yang awak sendiri nafikan, libatkan orang sekeliling wpon hal peribadi,
menafikan suatu perkara dan kemudian meroyan sorang2 tentangnya..
aen pon belum matang lagi..
tapi wpon begitu, aen dah tak obses lagi pada kdrama. aen dah tak update drama terkini..
drama yang 2-3taon lepas baru nak dunload tapi belum tahu lagi bila akan tengok..
dah lama tak uptodate gosip dari Korea, MV terbaru, idol group baru, stalk latest picture of bias..
dan dah takheran pasal diorang datang buat konsert, tiada lagi wallpaper gambar diorg..
it's not that aen dah matang, cuma tiada masa lagi untuk semua itu kecuali kalau dah bosan sangat layanlah jugak RunningMan latest..
plus dulu zaman muda2, online FB almost 24hours sampai parent bebel sebab duk hadap komputer ja main games lagi. tiap jam update status kat FB..
tiap minggu tukar DP, letak DP gambar yang rasa comel2 dengan mimik muka bagai..kadang letak gambar oppa2 favourite as DP..
mane2 luahan yang rasa boleh buat teguran,
yes aen tulis kat blog, moment wechat tapi yang mana rasa taksesuai,
biarlah antara aen dengan diari dan dengan Dia..
lama dah takselfie sendiri, selfie pon bila ada event sebab time ada event ja la
diri ini nampak lain sket. hari2 biasa tu takperlulah..tapi kalau ade yang ajak bergambar,
kadang join jugak tapi mostly aen tolak. bukan sombong cuma takperlulah ada wajah ni dalam tiap snap gambar kan..lagipon diri ni dah kekok nak pose bagai..haha
aen belum matang lagi..
kadang aen jeles ngan sumting yang takpatut
tapi alhamdulillah skank, aen bangga bila boleh kawal emosi time 'cuti'
perempuan bila 'cuti' takmampu nak kawal sangat emosi dan perasaan neyh
dulu diri inilah yang suka cari pasal bila 'cuti' datang..
dengan semua orang nak cari gaduh, nak ungkit itu ini..
yup, bangga bila sekarang dah takbuat macam tu lagi dah..
harus lebih istiqamah lagi agar tros maintain atau jadi lebih baik drpd neyh..
takkanlah nati depan mertua nak emo bagai..haha
pengalaman pon banyak menberi erti
mengajar diri agar lebih menghargai
dan lebih berhati2 dalam membuat sebarang keputusan
umur masih muda tapi,
siapa tahu apa yang diri ini telah lalui?
adakah anda melaluinya juga?
adakah anda merasainya juga?
tidak kan..
tiap orang, pasti ada kisah dia tersendiri
yang menjadikan dia adalah dia yang berdiri pada hari ini
jadi,
matang tak matang terserah orang untuk menilai..
yang penting jadi diri sendiri..
dan kalau boleh,
janganlah jadi seorang yang hipokrit
kadang, kita terpaksa turutkan rasa hati juga
kerana walaupun your heart is in your left, but it is always right..
turutkan kata hati bila situasi memerlukan
bukan untuk menjatuhkan diri sendiri tapi
agar hati yang perlu dijaga, dapat terus dijaga..
hidup cuma sekali..
jadi, instead of hurting others sebab selfishness yang ada dalam diri
selagi boleh beri senyuman buat orang lain,
berilah..
walau terkadang diri yang terluka..
sebab bila kita jaga hati dan orang lain,
maka jangan risau sebab Allah swt ada untuk menjaga hati dan diri kita sendiri..
yang penting, yakin dengan Dia
sebab tiap apa yang terjadi, tiada yang kebetulan..
yang ada cuma jalan yang telah ditulis olehNya..
diharapkan dengan bantuan daripadaNya..
Aen mampu untuk jadi lebih matang dalam tiap sesuatu perkara
dan jadi lebih baik, untuk diri sendiri..
InsyaAllah..
- AZ -