Saturday, 23 April 2016

Owie 2

Owie..
hadirnya memberi senyuman
perginya membawa tangisan
dah hampir genap sebulan dah Owie pergi tinggalkan kami sekeluarga
perginya tidak dijangka
tapi ia sempat memberi petanda

seminggu sebelum Owie pergi,
ia gelisah tidak tentu hala
mengiau setiap hari
mundar mundir dalam kandangnya
seolah ingin memberitahu sesuatu

malam sebelum ia pergi
hadirnya kebilik memberi senyuman
manjanya berlebihan
tapi saat dan ketika itu,
cik aen ni taksihat..
saat mengharukan pabila owie datang
menemani disisi
menjilat wajah ini yang kesakitan
menyapu air mata yang mengalir

rindu pada Owie hanya Tuhan yang tahu
walaupun dah hampir sebulan pemergiannya
tapi kehilangannya masih dirasa
airmata masih mampu mengalir tatkala terkenang Owie

sedari kecil ia ditatang
dialah yang paling nakal
yang paling pertama dalam menjelajahi sesuatu
dialah yang paling kecil
dialah yang istimewa

namanya sempena cik aen dengan seseorang
Owie = Owlie
si Owie yang unik
si Owie kesayangan
aen takpernah bayangkan life aen tanpa Owie
happy bila Owie takdijual
dan stay bersama kami sekeluarga
tapi hayat Owie takpanjang
mungkin lebih baik hilang Owie dijual
daripada hilang Owie dengan sebegini

macam mana pemergian Owie?
Owie digigit anjing jiran sebelah
alkisahnya tidak ingin diceritakan
kerna hati takkan mampu untuk menahan
titisan yang mungkin kembali mengalir..





Owie..
terima kasih kerana bertahan
walaupun kamu yang paling kecil
sedari dulu..
rindu bau manis owie..
owie bau maniss sangat..
taktau kenapa dy bau maniss sangat
tapi sememangnya,
manisnya laen macam..
hmm..
cukuplah sampai disini coretannya..
END

-AZ-

No comments:

Post a Comment