Tuesday, 10 May 2016

Terbalik

Terbalik
apa yang terbalik?
yang terbalik itu,
dunia dan zaman kita sekarang ini
dalam sedar mahupun tidak

mana buktinya?
perasan tak dunia kita sekarang
seolah berputar
kembali seperti masa dahulu
dan juga
membuatkan sesetengah manusia
untuk berperangai 'terbalik' juga

apa yang terbalik
yang berlaku dalam kehidupan manusia
disekeliling kita?

apabila insan yang dahulunya
berpakaian labuh,
kini semakin singkat pakaiannya
inci demi inci
dulu mungkin berbaju kurung
tapi kini sudah mula
berjeans dan bertshirt
walaupun tshirt itu masih menutupi
yang harus ditutupi

apabila insan yang dahulunya
berpakaian singkat
kini semakin labuh pakaiannya
inci demi inci
dulu mungkin berseluar skinny
tapi kini sudah mula
berkain labuh dan berjubah
sehingga ada yang sampai berniqab
walaupun kadang masih belum sempurna
tapi usaha itu ada

apabila manusia yang baik
perlahan2 menjadi yang dikutuk
dan
apabila manusia yang dikutuk
perlahan2 menjadi yang lebih baik
siapa kan dapat menduga
dan menjangka
akan perancangan Dia yang satu?

apabila dunia kini
manusia kini
lebih percaya akan kebohongan
daripada kebenaran
lebih memandang akan sipenipu
daripada melihat akan sijujur
apabila memihak pada kesilapan
dan memulau akan apa yang betul
memilih akan hati dan perasaan
berbanding sebuah ikatan
terlebih menjaga yang menyakiti
daripada merawat yang tersakiti
menutupi kesalahan sendiri
dengan menyalahkan yang lain
kononnya..
terasa diri lebih mengetahui

fesyen kita pada hari ini juga
kembali ke zaman dahulu
kononnya ingin kembali menaikkan
era kegemilangan dahulu
tapi,
tiap yang lahir juga
akan menemui pengakhirannya
tiap yang bermula
akan berakhir..


Monday, 2 May 2016

WeChat

WeChat
Another social apps yang makin digunakan
Apa yang best ya WeChat ni?
Berbeza dengan WhatsApps, 
weChat ni tak tunjuk bila kita Online
Jadi, takde la kan bukti kita read ja txt orang dan ignore?

Wechat ade ruangan moment
Tempat meluah segala rasa
Muda mudi kita sekarang ni
Tengok je wall member2
Macam2 emosi ade terluah disitu
Kadang meluah disitu untuk 'memberitahu' seseorang
Akan sesuatu..
Kadang meluah disitu kerna kadang kita terlupa
Allah SWT itu wujud dan setia menunggu
Sebarang aduan daripada kita
Kenapa masih meluah pada ruangan kosong
Yang belum tentu memberi sinar

Melalui situlah
Sedikit demi sedikit
Keperibadian terserlah
Namun,
Tidak semua yang ditulis itu melambangkan keperibadian
Tulisannya baik2 aja namun,
Perilaku tidak diamalkan..
Bicara soal solat,
Soal maruah, aurat
Namun, diri sendiri tidak menjaga
Seperti yang tertulis
Apakah tujuanmu?

Aplikasi sosial
Guna lah sebaiknya
Aku juga terpengaruh
Namun kadang merindui zaman tiada gajet
Sungguh..
Kerna saat dan ketika itu,
Aku adalah aku
Terkurung namun terpelihara

-END-