Tuesday, 10 May 2016

Terbalik

Terbalik
apa yang terbalik?
yang terbalik itu,
dunia dan zaman kita sekarang ini
dalam sedar mahupun tidak

mana buktinya?
perasan tak dunia kita sekarang
seolah berputar
kembali seperti masa dahulu
dan juga
membuatkan sesetengah manusia
untuk berperangai 'terbalik' juga

apa yang terbalik
yang berlaku dalam kehidupan manusia
disekeliling kita?

apabila insan yang dahulunya
berpakaian labuh,
kini semakin singkat pakaiannya
inci demi inci
dulu mungkin berbaju kurung
tapi kini sudah mula
berjeans dan bertshirt
walaupun tshirt itu masih menutupi
yang harus ditutupi

apabila insan yang dahulunya
berpakaian singkat
kini semakin labuh pakaiannya
inci demi inci
dulu mungkin berseluar skinny
tapi kini sudah mula
berkain labuh dan berjubah
sehingga ada yang sampai berniqab
walaupun kadang masih belum sempurna
tapi usaha itu ada

apabila manusia yang baik
perlahan2 menjadi yang dikutuk
dan
apabila manusia yang dikutuk
perlahan2 menjadi yang lebih baik
siapa kan dapat menduga
dan menjangka
akan perancangan Dia yang satu?

apabila dunia kini
manusia kini
lebih percaya akan kebohongan
daripada kebenaran
lebih memandang akan sipenipu
daripada melihat akan sijujur
apabila memihak pada kesilapan
dan memulau akan apa yang betul
memilih akan hati dan perasaan
berbanding sebuah ikatan
terlebih menjaga yang menyakiti
daripada merawat yang tersakiti
menutupi kesalahan sendiri
dengan menyalahkan yang lain
kononnya..
terasa diri lebih mengetahui

fesyen kita pada hari ini juga
kembali ke zaman dahulu
kononnya ingin kembali menaikkan
era kegemilangan dahulu
tapi,
tiap yang lahir juga
akan menemui pengakhirannya
tiap yang bermula
akan berakhir..


No comments:

Post a Comment