Saturday, 4 June 2016

Ilham

Ilham..
Kadang ada yang tertanya, bagaimana seseorang itu mempunyai ilham untuk menjadikannya nukilan dalam penulisan blognya. Ilham yang sepertimana yang terbit di benak fikirannya sebelum memulakan ayat pertama dalam penulisannya?

Kalau ditanya pada aku, aku sebenarnya dah lama menulis blog. Sudah beratus entry aku coretkan namun, ada blog yang sudah aku hapuskan. Mungkin kerana entry-nya sudah tidak sesuai lagi. Dan mungkin kerna apa yang aku tuliskan itu, seharusnya menjadi tulisan dalam diari cuma.

Jadi, kenapa aku kembali menulis blog? Apa yang aku lakarkan dalam blog aku neyh? Untuk siapa? Aku kembali menulis kerana kadang kita sebagai manusia hanya mampu meluah, memberi pendapat tapi jarang untuk didengar dan diterima sang pendengar dan sang pembaca.

Kadang ingin menegur namun lisan tidak mampu dan perbuatan juga tidak mampu. Hanya mampu dicoretkan disini agar sang pembaca dan sang pelaku terasa dengan sendiri. Mungkin ada entry aku dalam blog ini yang aku tujukan buat orang-orang tertentu. Dan kalau anda merasakan lakaran dalam blog ini ditujukan buat anda, mungkin ia dan mungkin juga tidak. Kerna dalam dunia ini tidak hanya wujud aku dan kamu.

Kadang ada yang mampu menerima teguran dengan baik namun ada juga yang hanya akan berubah apabila ia terasa dengan kata-kata seseorang yang ditujukan buatnya. Mereka berubah kerana sentap dengan apa yang dicoretkan kerana bagi mereka, apa yang dicoret itu benar namun kerana ego, diri menafikan. Aku follow insta DakwahSentap. Yup, jujur diakui kadang terasa dengan apa yang dicoretkan kerana kita semua manusia yang pernah mengalami dan merasai sebelum mampu menasihati. Kadang nasihat bukan sekadar nasihat.

Sedari kecil, aku merupakan anak yang pendiam. Aku tidak banyak bicara. Hariku diluangkan dengan membaca. Dan kalau dilihat dalam kamar, pasti ada kotak2 menghiasi. Kotak2 yang mengandungi pelbagai cerita sejak aku dibangku sekolah mungkin. 

Kini, kerajinan untuk menulis itu semakin berkurangan. Yang ada hanyalah kerajinan dalam menaip. Ahahaha. Diari juga makin berkurang dan apa yang dicoretkan juga semakin berkurang kecuali, sesuatu yang ingin diingati pada masa beberapa tahun akan datang.

Tapi, harapanku untuk pembaca, tidak salah untuk mengadu tapi mengadulah pada yang setia mendengar iaitu pada Allah swt yang Satu. Dan bukannya di media sosial. Untuk apa diluahkan pada media sosial? Untuk tarik perhatian siapa? Untuk raih simpati siapa? Adakah masalah itu, aduan itu mampu diselesaikan hanya dengan meluah pada media sosial?

Pilihla sebaiknya jalan untuk menjadi sebaik2 seorang manusia yang hidupnya didunia hanyalah pinjaman semata2..

END

No comments:

Post a Comment