Terperangkap.
Siapa?
Kita semua.
Dimana?
Dalam dunia ciptaanNya dan dunia ciptaan kita sendiri.
Sedangkan diri sendiri tahu dan mengiyakan namun masih jua ingin direalisasikan apa yg diimpikan kemahuan dan kehendak hati.
Dimana harus dicari jalan keluar?
Daripada Dia.
Dia yang menciptakan semua, Dia yang telah menuliskan semua takdir setiap insan di muka bumi ini.
Tentanglah ceritanya andai terasa diri kamu mampu.
Sekuat mana pun dicuba, yang dilakar olehNya sahaja yang akan terjadi.
Kerana apa yang diinginiNya untuk terjadi akan tetap terjadi sama ada cepat atau lambat.
"Kun fayakun"
Didiklah hati supaya terus kuat dengan segala yang telah diberikan olehNya.
Supaya mampu menerima segala dengan sebaiknya.
Kerana bukan sahaja hidup dan nyawa, bahkan semua yang dimiliki kita pada hari ini jua, hanyalah sekadar pinjaman dunia yang sementara cuma.
Pandanglah Tuhanmu yang Satu kerana Dia tidak pernah berpaling daripadamu sejauh mana pun kamu melangkah pergi daripadaNya.
Selamat Menyambut Ramadhan 2016
No comments:
Post a Comment