Apakah alasanmu?
Wahai hati yang masih
menunggu, yang masih bersama walau seringkali dilukai..
Apakah alasanmu wahai
engkau
Yang masih terus
menyalahkan aku tetapi masih ingin mengulangi kesilapanmu yang sama
Yang masih menyakiti
aku walau kau sudah tahu akan hal itu
Mencari yang melarikan
diri dan menghukumi yang masih tinggal
Yang cuba memegang dua
benda dengan satu tangan agar ia kelihatan seolah engkau sedang memegang hanya
satu benda?
Apakah alasanmu wahai
engkau
Yang konon ingin
menjauhkan diri namun seolah ingin minta dikejari dan dicari lagi
Yang berkata percaya
pada Dia namun meluahkan pada yang kaku
Siapa yang ingin kau tarik perhatiannya?
Yang ingin move on
tapi masih berpegang pada yang itu
Apakah alasanmu wahai
hati
Yang terus cuba
bertahan dengan apa yang terjadi
Yang terus cuba
bersabar
Yang terus cuba
memendam
Sampai bilakah engkau
mampu
Kerana sabarmu juga
ada batasnya wahai hati
Suatu masa kupinta kau
lepaskan
Luahkan
Bukan untuk mencari
masalah
Tapi demi mendapatkan
ketenangan buat hatimu sendiri
Kerana engkau sendiri
sudah maklum
Bahawa hatimu sudah
lama remuk
Dengan manusia yang
seringkali meletakkan semua masalah padamu
Kesilapanmu sendiri
masih mampu engkau tanggung
Namun bukan kesilapan
manusia yang lain
Berhentilah dan berpalinglah
pada jalan yang lain
Kerna
Walau sejauh mana
diikut jalan itu
Itu mungkin bukan
jalan engkau
Seandainya ia
ditakdirkan sebagai jalan engkau
Sejauh mana detour
yang kau ambil,
Engkau tetap akan
kembali pada jalan itu
Pasti engkau akan
kembali menemui jalan itu
Pasti engkau akan
ditemukan kembali dengan jalan yang itu.
Kerna
Ada jalan yang
laluannya seolah laluan yang sama
Namun sampai suatu
ketika
Engkau akan sedari, di
depan sana
Ada jalan yang
memisahkan engkau dari laluan utama
Seandainya ia
ditakdirkan
Percayalah engkau
pasti akan menemui jalan itu kembali
Percayalah pada Dia
yang Satu
Yang telah menciptakan
jalan itu buatmu
Kerna hanya Dialah
yang Mengetahui
Kemana jalan itu kan
membawamu di hadapan sana..
Jadi,
Berhentilah mencari
alasan
Tapi ciptalah alasan
Untuk dirimu sendiri.
No comments:
Post a Comment