Friday, 20 January 2017

Cinta

Cinta
apa itu cinta?
sumone told me,
family dy dah restu dy dengan sang lelaki
kerana bagi mereka, dy dah dewasa untuk bercinta
jadi, adakah cinta itu sesuatu yang seperti itu?

you're just 23
apa yang awak tahu tentang cinta?
sampai nk introduce boify pada famili bagai
seolah sudah yakin terjalin ikatan
adakah dengan restu itu,
memberi lesen pada suatu hubungan
yang mungkin tak terjangka?

manusia kini,
mereka lebih takut akan manusia
dan bukanya Sang Pencipta
kenapa demikian?
dah dapat boify, cepat2 nak kenalkan pada keluarga
takut2 nati berubah hati,
atau ada yang ketiga
mungkin lupa agaknya
kita hanya manusia
yang mampu merancang,
tapi yang menentukan itu adalah Dia

dewasa untuk bercinta?
bercinta itu ada fasa ke?

kalau bersama tanpa rasa ikhlas,
adakah itu dianggap dewasa?
bersama dia hanya kerana baiknya yang sementara
kerana hadirnya dia disaat kau dirundung kecewa
dari cinta yang lepas
orang cakap,
bila kau kecewa dalam bercinta,
dan seseorang hadir dan kau terima,
kau sedang mnggunakan dia
sebagai sandaran kau melupakan kecewa itu
sampai bila?

kata kau dia baik pada kau
tapi lupakah engkau,
dia itu manusia
dan seharusnya dia baik,
bukan hanya dengan engkau
tapi juga dengan yang lain.

kata kau dia baik pada kau kini
sedang kau dan dia
sejak dahulu mengenali
sehingga terputus hubungan kerana suatu sengketa
jadi dahulu, dia jahat?
selama aku kenal dia,
dari dulu hingga kini,
bagi aku, sentiasa dia baik..
reason kau jelas terpamer
namun, masih mahu menyatakan
bahawa kau sudah dewasa untuk bercinta
andai engkau hanya menerima dengan sebab
yang memuaskan diri engkau sendiri?

dan dia,
dewasakah dalam bercinta
andai hatinya sendiri masih berbolak balik
masih belum mampu memutuskan sendiri
dan masih belum mampu membezakan
apa yang benar dan apa yang salah..

sukanya buatmu juga bersebab
dan aku hanya mampu menggeleng dan tersenyum
dimana keikhlasan hati sang manusia kini
dalam bersama seseorang?

bercinta
pernahkan aku?
yang serius itu, sejujurnya tidak pernah
sekadar ingin mencuba nasib itu ada

kerana bila aku serius
aku betul serius
macam mana bila aku jatuh cinta?
entahlah..
aku tak tahu
mungkin aku akan tunjuk side aku
yang tidak aku tunjuk pada orang lain
mungkin aku akn jadi lain

well,
jujurnya..
mungkin yang terakhir itu
yang sebelum ini
adalah suatu rasa yang serius
yes, i've fall hard

next time cerita
btw, moral of the story
sebelum rasa anda serius dan dah dewasa sangat nak bercinta
carilah dulu makna cinta itu apa..
and..did your heart really can love him/her without reasons?

Benci

Benci..
itu, bukanlah suatu perkara yang aku mahu
dan tahu untuk melakukannya
sebolehnya cuba untuk dielakkan

siapa yang mahu dibenci?
dibenci tanpa rela itu mungkin
macam lagu tu; ku rela dibenci
kadang, ingin dibenci demi sesuatu
kebaikan buat insan yang lain
kerna tiada siapa tahu peristiwa mendatang
yang akan terjadi..

seadainya sesuatu peristiwa berlaku
membuahkan kebencian dalam dirimu
buat aku,
tapi andainya ia kan memberi kebaikan buatmu
maka aku relakan diri aku dibenci

manusia itu tidak pernah sempurna
pasti ada silapnya
namun dibenci itu jangan

macam mana untuk membenci
andai rasa dalam diri itu
sebenarnya berlainan dengan apa yang diucap
siangnya bilang benci
malamnya menahan rindu
siangnya buat tidak peduli
malamnya namanya diseru
tapi tu semua,
hanya Dia yang tahu..

apa pun kesalahan manusia buat aku
aku tidak membenci
cuma kadang menjauhkan diri
kerna memaafkan itu mungkin
tapi tidak melupakan

Saturday, 14 January 2017

ABJAD

assalamualaikum..
hai..
hello..
lamanya kan tak update blog..
almost 2bulan or sememangnya dah 2bulan..kowt
busy dengan final project, final paper dan drama manusia yang tiada kesudahan..

tapi kan..
sebenarnya terfikir jugak
dalam kalangan pembaca blog saya ni
ada tak yang sebenarnya perasan dengan mesej yang cuba saya sampaikan?

last few months,
there's this words
'HATI DAN PERASAAN JANGAN DIPERMAIN'
walaupun kadang terlewat update,
but did pergi kat setting and jadikan entry tu include dalam THAT month
supaya perkataan tu complete..

dah lama tinggal blogging
kadang dah lupa apa yang pernah dicoretkan
banyak lagi benda nak fikir selain daripada tu
cuma kadang tak nafi, ada yang masih bermain di fikiran
cuma diam dan berpura untuk tidak mengendahkan

well,
dah masuk tahun baru kan?
jadi, entry pon akan diubah
kadang mungkin untuk dituju buat sang manusia lagi
akan ada tuju untuk diri sendiri
dan ada coretan sekadar untuk menyedarkan
baik untuk yang diluar sana juga untuk diri sendiri

abjad
harapnya dapat complete kesemua abjad in a month
untuk entry setiap bulan
nampak tak banyak tu nak kena fikir every month
sempat ke tak tu nak update
tapi takpela
better than fikir benda yang menyakitkan kepala dan hati

kalau nak kenal saya tanpa berkawan,
this is one of the way
kerna saya hanya manusia biasa
yang kadang diam tapi punya beribu kata
yang tak mampu diluah
tapi hanya mampu dicoretkan
kerna kadang, kata2 itu lebih mudah difahami dan dimengerti