Benci..
itu, bukanlah suatu perkara yang aku mahu
dan tahu untuk melakukannya
sebolehnya cuba untuk dielakkan
siapa yang mahu dibenci?
dibenci tanpa rela itu mungkin
macam lagu tu; ku rela dibenci
kadang, ingin dibenci demi sesuatu
kebaikan buat insan yang lain
kerna tiada siapa tahu peristiwa mendatang
yang akan terjadi..
seadainya sesuatu peristiwa berlaku
membuahkan kebencian dalam dirimu
buat aku,
tapi andainya ia kan memberi kebaikan buatmu
maka aku relakan diri aku dibenci
manusia itu tidak pernah sempurna
pasti ada silapnya
namun dibenci itu jangan
macam mana untuk membenci
andai rasa dalam diri itu
sebenarnya berlainan dengan apa yang diucap
siangnya bilang benci
malamnya menahan rindu
siangnya buat tidak peduli
malamnya namanya diseru
tapi tu semua,
hanya Dia yang tahu..
apa pun kesalahan manusia buat aku
aku tidak membenci
cuma kadang menjauhkan diri
kerna memaafkan itu mungkin
tapi tidak melupakan
No comments:
Post a Comment