Tuesday, 7 February 2017

Dugaan

Hidup, takkan pernah mampu lari dari dugaan
Well, i've been away for a while
Itu lah, sumting happened
But, with a reason.

Penipuan demi penipuan
Demi menutup cerita satu demi satu
Hingga aku sendiri sudah tidak tahu
Apa yang aku boleh percaya

Katanya dia setia pada yang lama
Beriya meminta agar dipercayai ucapannya
Namun kini lain yang terjadi
Bila engkau bersama si dia yang baru
Dulu katanya dia hampir menyukai yang baru
Namun hati tetap pada yang lama
Tapi kini ku mendengar kau bicarakan
Bahawanya engkau dan yang baru sudah lama
Bersama tapi tidak serius
Dan kini tekad untuk serius
Jadi, cerita apa yang kau reka buat si dia yang lama?
Dulu katamu, kau tak pandai bercinta
Kau taknak bercinta
Kerna bagi kau,
Kau inginkan suatu hubungan yang tidak melibatkan percintaan
Bahasa mudahnya, kau taknak couple
Tapi kini, bebasnya jari menekan kekunci memanggilnya 'sayang'
Dan declare hingga terlupa akan prinsipmu mungkin
Kenapa hatimu mudah berbolak balik?

Dan buat si dia wahai perempuan
Berdustanya engkau dalam bercerita
Dengan ayat kau
"Kalau taknak percaya saya, takpelah"
Membuatkan aku percaya akan engkau
Dan kini kau menidakkan semuanya.
Dulu kau temui aku
Kenalkan aku dengan seseorang
Kau akuinya sebagai kekasih engkau
Dan kau sayang pada dia
Dan minta aku rahsiakan hubungan kamu
Tapi kini kau muncul
Menafikan semua dan menyatakan bahawa
Dia hanyalah teman baikmu sahaja
Andainya dia benar teman baikmu, 
Mengapa FB saling mem-block?
Maaflah, 
Sesungguhnya aku terlebih mengetahui akan sesuatu perkara
Mudahnya engkau menyayangi dan membuang seseorang dalam hidup kau
Mudahnya engkau menggunakan perkataan 'sayang' buat tiap lelaki yang hadir dalam hidup engkau
Mudahnya kau bercerita dengan keluarga tentang lelaki yang belum pasti untukmu
Memberikan mereka harapan dan akhirnya membuang mereka disaat mereka tidak mengikut telunjukmu
Engkau beruntung punya rupa yang sebegitu
Naif mempermainkan perasaan manusia
Hingga aku, yang sama kaum denganmu juga sanggup kau pergunakan

Dugaan buat aku
Percaya akan engkau 
Aku melepaskan amarah
Dan kau ugut untuk membuat laporan polis
Hanya kerana kata2 aku
Tentang perbuatan kau sendiri
Aku cakap aku nak guna gmbr engkau untuk diperkenalkan buat kawanku
Terus engkau melenting
Sedangkan engkau tak sedar
Kawan FB kau yang beribu tu, tipu lah kalau cakap takde yang simpan gambar kau
Bukankah kau suka sangat upload gambar sndiri di laman sosialmu?
Dewasa kah engkau andai perkara kecil itu ingin kau besarkan?
Maaf, tapi teman2ku takkan ada yang sudi ingin berkenalan denganmu
Andai mereka tahu cerita sebenar tentang engkau
Kasihan kawanku,
Yang terpedaya dengan rupamu semata

Dan kau rasakan kau sudah terlalu dewasa untuk bercinta
Hingga diberi restu oleh orang tua-mu
Jujur, aku terfikir, bagaimana sepasang ibu bapa yang baru pulang dari Tanah Suci
Membenarkan anaknya berbuat dosa?
Membenarkan anaknya bercinta?
Dewasa kah engkau bila engkau dapat berbangga bertukar pasangan dalam tempoh setahun?
Hebatnya engkau dalam menarik lelaki di saat kau kesunyian
Aku tahu ceritamu wahai pendusta

Kau kasihan pada mereka yang jadi mangsa aku, aku yang busybody
Tapi aku lagi kasihan pada mereka yang kau permainkan hatinya
Setidaknya, aku menyatakan hanya yang benar buat mereka..

Kepada aku, kau dan dia berani mengaku berhubungan
Namun aku pasti
Kau dan dia takkan berani menyatakannya pada public
Mahupun menukar status di FB masing2
Takutnya engkau pada manusia yang akan mengganggu hubungan kamu
Hingga terlupa pada Allah SWT yang lebih berkuasa

Dia mengirimkan ujian melalui manusia
Kerna, andainya Dia sendiri yang muncul dihadapanmu,
Pastinya kau Kelu seribu bahasa..

Lepas apa yang terjadi,
Aku mendiamkan diri
Bukan takut pada report polis
Aku tidak takut pada hukuman hakim manusia
Aku lagi takut akan pengadilan olehNya nanti
Kerana Dia lebih Mengetahui akan tiap sesuatu
Yang disembunyikan manusia

Bila aku bersendiri
Aku sedar dan mula berfikir
Mungkin ini jalan terbaik untuk aku
Mungkin ini jawapan pada permintaanku saban malam
Yang meminta agar diberi sebaik2 petunjuk

Andai ini jawapannya,
Aku redha
Redha kan aku dengan ketetapan-Mu
And slowly
Dia merawat hati
Kifarah itu pasti
Cuma masanya belum tiba
Yang benar tetap akan menang
Yang menipu takkan pernah bahagia
Tiap perbuatan akan ada balasannya
Jadilah manusia yang redha
Dan serahkan urusan selebihnya pada Dia
Kerna Dia tahu apa yang terbaik
Moga dibuka pintu dan mata hati akan kebenaran
Moga fitnah yang kau taburkan,
Kan kau temui kebenarannya
Dan bila saat itu tiba,
Jangan engkau kesali dengan keputusan dan perbuatanmu terhadap aku
Aku tidak berdendam,
Cukuplah suatu hari nanti kau rasa apa yang aku rasa.
Moga kau kan lebih mengerti

Sesungguhnya itu hak engkau untuk bersama
Tapi menjadi hak aku untuk kadang melepaskan amarah
Amarah dengan penipuan demi penipuan
Yang kau ciptakan
Hanya semata ingin menyalahkan aku

Aku tak rugi hilang kau kerna
Aku punya kawan yang lain
Dan hari demi hari,
Aku dihadirkan kawan lagi seorang demi seorang
Dia menggantikan engkau dengan mereka dalam hidup aku
Tapi kau,
Kau hanya akan punya dia
Dan hilang aku
Yang serius peduli tentang kau..

Pesan Aku, 
Kerana dia, kau boleh berpaling daripada aku,
Kawan yang kau rasakan cukup istimewa suatu ketika dahulu
Tapi Harapnya,
Kerana dia, kau takkan menjadi anak derhaka..
Jaga dirimu baik2 kawan
Moga hidup kau lebih aman
Tanpa kaunselor berpengalaman yang seorang ini..

Aku boleh berubah jadi lebih baik
Kau..berhentilah bermain api
Sebelum terbakar diri
Berhentilah menangkan ego
Demi memenuhi kehendak nafsu dihati

Tiap dugaan yang datang,
Hadapi lah ia dengan senyuman
Biarpun kau masih menangis di malam hari
Tuhan tahu hatimu

Sekadar renungan dan pengajaran
Manusia itu, pelbagai ragamnya
Terutama disaat dia punya sesuatu
Yang ingin dia dapatkan
Lihatlah dengan mata hati,
Bukan dengan mata kasar semata
Looks can be deceiving, u know?

Belajarlah daripada kisah yang lain
Agar kita tidak melakukan hal yang sama
InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment