Wednesday, 23 December 2015

Stalk


                 

stalk itu perbuatan
stalker itu orang yang melakukan perbuatan itu
 berbahasa inggeris sket since nak amik paper english nati
hehehe

stalk tu bila kau perhatikan seseorang
tak kira dimana saja
tapi, kalau orang tu takde depan mata
zaman sekarang kan dah maju
sosial network bagai
ni namanya stalk dalam diam
tengok insta dy, fb dy, twitter, whatsapp, wechat
banyak benda boleh jadi medium
tinggal pilih ja

aku pon suka jugak stalk orang
melalui benda cmnie la boleh tau sal certain orang
jangan cakap stalker takboleh judge orang
melalui cara orang pon, stalker boleh judge orang dengan betul
especially kalau sama jantina

macam mana stalker boleh tahu?
sebab stalker akan amik tau dari pelbagai sudut sal seseorang tu
baik sal diri dy atau sal orang sekeliling dy

tapi kadang ade jugak stalker yang just amik tau sal orang tu
hanya pasal orang tu dan orang rapat dengan dy ja
stalker boleh jadi terdiri daripada musuh, kawan lama yang dah tak lagi jadi kawan, ex kita
or sesape ja yang nak amik tau sal kita dalam diam

kadang bila certain orang tu judge kita
cakap kita macam2
cuba pikir balik, ape yang kita dah buat sampai orang tu boleh cakap macam tu
pokok pon takkan goyang kalau angin takdek

contohnya aku sendiri la
sebab nak tuju sesape ni
sendiri ingat la diri sendiri
kadang orang cakap aku macam ni, macam tu
masalahnya aku kenal ke kau?
aku tak kenal pon kau
jadi, macam mana kau boleh cakap aku macam tu, macam ni?
tengok fb?
fb aku pon dah berhabuk takdak post pape
insta? maaf aku memang kaki selfie tapi aku jarang sangat nak post gambaq2 aku
sebab orang ckp, insta tempat nk show off
jadi, better aku show off anak2 bulus aku
daripada aku post selfie aku yang mengarut pose tu
daripada aku dengar org kutuk aku sebab gambaq selfie aku yang kadang2 boleh kelihatan mengada2
daripada aku nak dedahkan sape kawan2 aku yang mungkin akn jadi mangsa
if ade orang takpuas ati ngan aku
sebab kalau aku ade masalah
jarang la aku nak libatkan kawan
takperlu kot kadang libatkan kawan kalau rasa benda tu hal peribadi

aku jujur la cakap
aku taksuka orang menipu dengan hipokrit neyh
ngan aku cakap lain, tapi ngn org len ko cakap laen jugak
ngan aku kau nafi macam2 tapi
bila ja aku stalk kau
demi sebuah kebenaran yang aku cari
ape yang aku dapat eh?
penipuan kot..
kau pikir ape aku rasa?
menyampah la jugak dengan orang macam neyh
bukan menyampah, taksuka

ia diibaratkan seperti
kau cuba cover up benda yang obvious
contoh, kau free hair tapi kau cakap kau bertudung
agak2 ko?

eh, ape kaitan ngan stalk?
adoi..
dah merapu dah haa
stalk pasal seseorang ni
pernah gaduh sebab sesuatu
jadi aku rasa bersalah
akukah yang bersalah?
atau kau yang taknak mengaku salah?

 nak jadi stalker bukan senang
kadang ko ade akaun fb more than one
kadang ko kne rapat giler ngan kwn ko in case ko nak guna akaun diorg
hahaha
case aku, kawan aku lah
bagi pnjam insta bagai
smpai lupe password boleh siap p tanye aku balik
maaf kawan, aku sendiri pon dah lupe password ko
bilamana aku stop stalk orang
aku busy ngan life aku
ngan cara aku nak amik ati orang yang aku sayang
busy nk baiki life aku sendiri
yang kena tempias dek perbuatan orang dan diri sndiri

k balik pada topik asal
aku pena la stalk sorang neyh
sebab aku taksuka dipersalahkan
dengan aku kemain doh cakap itu ini
salahkan aku
minta maaf takde bunyi ikhlas pon bilamana
still pointing silap tu kat aku
kau buat aku rasa bersalah
untuk kacau hidup kau
orang baik macam kau
memandangkan aku jahat kan?

ye, aku jahat
walhal niat aku memang nak tolong kau pon time tu
sempat la friend kat wechat jap
dy block aku lepas aku kacau dy
and sebab dy terasa ngan entry aku dulu
wait, perlu ke ko terasa kalau kau memang takbuat?
aku tuju untuk umum bukan tuju untuk kau
takde pulak aku mention kau dalam post tu
tapi takpe, rasanya aku dah delete kot post tu
dulu aku memang emosi sket
sekarang? entah..

ok, kau cakap aku macam2
ko downgrade kan aku macam kau perfect sangat
macam kau takbersalah langsung
yes, aku suke expose pe aku rase daripada aku pendam dan jadikannya dendam
 bila kau jaga ayt kau dengan aku,
aku pon jaga jugak ayt aku dengan kau
tapi, hasil stalk aku
aku taksuka dengan ape yang aku jumpa
kenapa kau hipokrit sangat?

kenapa aku cakap macam tu?
ade suatu contoh yang ingin aku berikan
takpe, aku jadikan diri aku sendiri sebagai contoh
contohnya aku
bila dengan orang lain
aku sehabis baik cakap lembut, takdak guna kata2 kesat bagai
mempamerkan aku as sumone yang baik, sopan santun bagai
but, ngan orang yang aku selesa
semua perkataan boleh kuar
kesat tak kesat

tapi aku bukan macam tu la
orang rapat ngan aku tahu aku takpernah kuarkan kata2 camtu
paling koman pon, kasaq sket ja, takde kesat 

kat fb takde post pape
kat insta just selfie
tapi, dari cara selfie orang boleh tau kita camner
tapi kat wechat?
memandangkan kat wechat ade orang yang kita kenal ja
makanya, semua ayat boleh kuar kan?
doa tak doa
emosi tak emosi
rasa hati tak rasa hati
perasaan yang disembunyi takdisembunyi
same goes kat twitter
twitter pon jadi tempat menulis gak
luahan perasaan mungkin

aku pena cakap sebelum ni
bahasa gambarkan personaliti
takya la kot bajet baik kalau penulisan kau gambarkan semuanya
kerana penulisan lahir dari hati
kau tulis apa kau pikir, dan kau tulis ape kau rasa
kerana penulisan itu
jujur

yes
kadang stalk orang ni menyakitkan hati
especially bila cmnie
dah habez orang dah takpercaya kau
dah abez orang tuduh kau macam2
tapi ternyata sebenarnya kau tak salah pon
ape kau rasa?


maaf
entry ini beremosi
maaf
entry ini lahir dari jiwa

Friday, 18 December 2015

Penulisan

Penulisan..
Eh eh..
Ni bukan subjek bahasa Melayu yang penulisan tu ek..
hari ni topik dia 'penulisan'

orang boleh pamerkan penulisan mereka dengan macam2 cara..
one of the methods is kat laman sosial network..
moment aku untuk hari ni adalah 'penulisan menggambarkan keperibadian'
moment wechat la..
tapi takboleh nak guna ayat tu untuk entry ni since entry blog aku tema dy 'keyword' ja..
based on one word ja ntok tiap entry..
except for my first entry..
sebab masa tu, blom ade tema lagi untuk blog neyh..

ok
back to the topic
'PENULISAN'

nak tengok keperibadian seseorang,
tengoklah cara penulisan dia
ayat2 yang dia guna..
aku dulu pown macam tu jugak
tulis ikut rasa hati ja
tak kira emosi macam mana pown..
tapi..
kemudiannya..aku fikir balik
melalui ayt2 itulah, orang yang tidak kenal akan aku..
judge aku..

even kita pakai baik camner sekalipown..
tapi masih belum mampu nak gambarkan diri kita yang sebenar..
kerana rupa boleh menyembunyikan..
tetapi, bukan sesuatu yang lahir dari hati kita..

penulisan..

jadi, jagalah penulisan anda..
bahasa anda
ayat yang ingin anda sampaikan..

aku dulu banyak tulis berkaitan emosi aku dekat moment wechat..
tapi, seribu satu hasil tulisan..
seribu satu luahan hati aku kat situ pown..
belum tentu dapat buat aku ok
kawan2 yang komen pown,
xmampu nak bantu redakan perasaan aku sepenuhnya..
jadi, apa gunanya aku menulis, mencoret kat ruangan itu?
nak bagitau semua orang bahawa aku cepat emosi?
nak bagitau semua orang apa aku rasa?

berkali2 aku muhasabah diri
dan akhirnya putuskan untuk hide moment wechat aku buat sementara waktu
kawan2 bertanya, 'kenapa hide?kalau hide, sapa nak baca?'
maaf, lebih baik tiada yang tahu apa yang saya rasa melainkan Dia

dan tiba2 saya buka kembali moment wechat saya
tapi saya dah delete mane2 entry yg emosi..
post ja moment yang gembira2..
untuk diri sendiri dan kawan2 yg tgh sedih mungkin
ada kalanya, entry kita mungkin boleh buat orang rasa ok
sebab kita tak tahu apa yang orang lain rasa pada saat dan ketika dia membaca moment kita
kan?
banyak post sal ayat2 ja..
bukan untuk tunjuk baik tapi,
sekadar peringatan buat diri sndiri
nasihat ntok tros senyum pada tiap masa yang mendatang..

even kita marah kat orang sekalipown, 
takpayah lah kowt nak tulis2 semua tu kat sosial network
sebab apa yang kita tulis tu..
kadang bukan gambarkan keburukan orang lain
tapi sebenarnya gambarkan diri kita sendiri
bagaimana sebenarnya kita bila berhadapan dengan situasi tu..

bila marah orang, kutuk orang macam2
cakap mereka itu ini
tapi sebenarnya, kita tengah tunjuk kat orang diri kita, perangai kita
yang mereka takpernah tahu sebelum ini
mungkin selama mereka kenal kita,
mereka takpernah tengok kita marah
takpernah tahu macam mana kita marah
takpernah hadapi situasi bila kita marah
dan mereka assume, kita boleh hadapi semua dengan tenang
hakikatnya, bila kita marah,
kita post kat sosial network
tunjuk perangai kita sebenar..
rupanya disebalik kelembutan, ada kesatnya..
paham kan?

entry ni pown,
bukan tuju untuk siapa2
ni, sebenarnya ungkapan diri sndiri
bila mengingatkan yang aku pernah hide moment untuk berbulan2
bukan menghindari dunia, mencipta dunia sendiri
tapi muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik
ni pown mungkin oleh sedarkan few people
but most importantly, sedarkan dan ingatkan diri sendiri

blog ini pown
sebenarnya menggambarkan isi hati aku jugak
apa rasa aku, apa pendapat aku.. 
entry disini jugalah yang akan menggambarkan keperibadian aku
dan akulah yang harus memutuskan
untuk dilihat secara positif atau negatif
iye, tidak dinafikan anggapan negatif pasti ada
namun, takpe..
Dia lebih Mengetahui..



Wednesday, 9 December 2015

TRUTH


Kebenaran
Ade apa dengan kebenaran?
Sehingga sesetengah orang sanggup bertindak untuk sembunyikan kebenaran?
Sehingga kadang sanggup reka cerita demi diri sendiri?
Dan persalahkan yang lain
Untuk ape?
Nak jadi hipokrit?

Kadang kita bercerita perihal sesuatu
Dengan menyembunyikan sesuatu
Dan mendedahkan yang lain
Membuatkan pendengar salah faham
Menjadikan yang lain sebagai mangsa
Tanpa berfikir silap sendiri

Aku kadang lagi suka cakap direct
Jujur je terus
Even lepas tu kena marah
Takpe, asal aku jujur
Asalkan dia tahu cerita betul daripada aku sendiri
Daripada dengar cerita rekaan daripada orang laen
Yang boleh buat kami jadi jauh

Aku ade bukti
Aku ade saksi
Saksi yang tak mungkin boleh kau tandingi
Dialah Tuhan yang Satu

Walau kau mungkin sembunyikan kebenaran
Demi diri kau tak dipandang rendah oleh orang laen
Demi orang yang kau suka
Demi orang kau nak jaga hatinya
Mungkin kau patut fikir dulu
Takde benda yang boleh disembunyikan daripada pengetahuanNya

Dan kalau aku bentangkan seribu satu bukti terhadap kau
Persis seorang peguam untuk membela diri aku
Untuk buktikan aku tak bersalah
Mungkin kau sendiri pun
Takkan sanggup lagi jadi diri kau sendiri
Kerana tatkala itu, mungkin kau akan sedar
Rupanya terbukti engkau yang terlupa
Akan perbuatanmu sendiri

Andai aku tunjukkan kebenaran yang ada
Takkan ada lagi ayat yang mungkin boleh kau utarakan
Untuk membuktikan aku mereka cerita
Mungkin dengan engkau engkau dan engkau
Akan terdiam dengan sendirinya
Sekarang mungkin kau tidak sedar
Dan masih anggap tu semua kesalahan aku
Tapi kalau aku tunjukkan bukti
Mampukah kau untuk membuka mulut lagi?
Menyatakan yang engkau benar?

Aku selalu dengar dan baca
Andainya di dunia kita berbuat kesalahan pada seseorang
Kita harus meminta maaf terlebih dahulu padanya sebelum dimaafkan
Sekiranya tidak, kita akan mencari mereka di Padang Mahsyar nati
Betulkah?

Sebelum terlambat, muhasabahlah diri
Engkau tidak akan mati dengan hanya meminta maaf
Sekurangnya, ego engkau yang 'mati'

Mohon jangan terlalu menjaga hati yang lain
Sehingga terlupa akan hati yang lain
Yang sedang berusaha demi sebuah senyuman darimu
Hargailah selagi ada
Kerana engkau takkan pernah tahu
Apa yang telah dikorbankan demimu

Jadilah seorang yang jujur
Yang tidak menyakiti hati yang lain
Dengan sebuah pembohongan
Demi suatu ikatan
Jadilah seorang yang jujur
Andai ingin difahami dan memahami

END

Tuesday, 8 December 2015

Terkoyak

                                      



Yup..
Aku terkoyak..
Dikoyak..
Dan mengoyak waktu..


Aku tak pandai bercinta
Aku tak indah bicara

Hanya manusia
Yang mengagumimu
Walau takkan
Pernah memiliki

Aku ada didepan mata
Aku tetap selalu ada
Aku manusia
Yang mencintakanmu dalam bisu
Bersendiri aku

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu

Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin
Kan kau mengerti
Selamanya

Ku dikoyak waktu

Selamanya
Selamanya
Ku dikoyak waktu

END

Monday, 7 December 2015

Terakhir

Mengapakah kita Selalu Berjauh Hati
Selalu menyendiri dan Terasa Hati
Apakah kita Tak Sehaluan Lagi
Berat Bagiku.. Berat Bagiku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku

Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku


Saturday, 5 December 2015

Mistakes

Mistakes a.k.a kesilapan..
Semua orang takboleh lari daripada melakukan kesilapan..
Aku sendiri pon..
Tapi lagi menyakitkan bila ia dianggap sebagai kesilapan tatkala niat kita hanyalah untuk menyedarkan..
Kadang orang takpena faham niat kita..
Semuanya akan dianggap seolah ingin menjatuhkan..

Kadang..
Orang menegur bukan kerana mereka lebih baik daripada kau..
Tetapi kerana, dia mungkin sudah pernah melakukan hal yang sama sepertimu sekarang..
Atau mungkin lebih teruk daripada ini..
Kadang mereka menegur dengan niat agar engkau tidak terpesong..
Kerana penyesalan yang datang takkan mampu diundur balik..

Kalau aku..
Sebelum aku buat pape..
Yang boleh kau anggap sebagai kesilapan..
Ketahuilah, aku terlebih dahulu meletakkan diri aku di posisi itu..

tak suka kawan keluar malam
Bukan bermakna tak benarkan kau keluar
Tetapi, kau hidup dalam masyarakat
Kau mungkin tak buat ape2 kesalahan dengan keluar malam
Tapi, malang itu tidak berbau
Andai terjadi apa2, siapa yang mungkin dipersalahkan?
Fikirlah..

selalu masuk campur hal kawan
Bukan bermkna dia seorang Busybody
Bukan dia saja2 nak kacau hubungan kau dengan dia
Tetapi, fikirlah
Mungkin ade silap engkau sendiri yang membuatkan dia bertindak sebegitu
Fikirlah..

Jangan cepat menyalahkan orang laen..
Mungkin kita patut terlebih dahulu lihat diri kita
Kenapa dia buat benda yang kita tak suka?
Kenapa dia buat macam tu?
Apa tujuan dia?
Jangan pernah menuduh membuta tuli
Andai dia menjelaskan, 
Dengarlah dan fikirlah..
Kadang orang bukan nak menjatuhkan tetapi untuk menyedarkan
Bahawa apa yang kita buat tak selalunya betul
Dan tidak sepatutnya dilakukan..
Kadang orang takmakpu nak sampaikan sesuatu dengan cara yang baik

Cuba fikir..
Kenapa kita diberi ujian oleh Allah SWT?
Kerana Itu adalah cara Dia untuk menegur kesilapan kita..
Allah SWT itu bukanlah ibu bapa, keLuarga mahupun kawan yang boleh menasihati kita depan2
Kerana itu, Dia hadirkan ujian sebegitu buat kita..
Sebagai teguran..
Jadi, janganlah kita cepat melatah dengan tiap apa yang terjadi..
Kerana tiap yang berlaku ade sebabnya..
Dan sebab utamanya adalah daripada kita sendiri..

Kadang..
Sebenarnya kita sendiri tahu itu silap kita
Tapi, jarang untuk kita mengakui silap sendiri
Lebih selesa menyalahkan yang lain mungkin...

Sebelum menghukum orang atas kesilapan yang mereka lakukan,
Pertama sekali, fikirlah dengan dalam kenapa ia terjadi
Andai kau tidak bertemu jawapan, maka tanyakan lah pada mereka..
Silap sendiri kita tidak nampak, tapi janganlah terlebih dalam menyalahkan orang..
Kita mungkin merasakan diri ini betul tapi sebenarnya, 
Tuhan juga nampak bahawa punca sebenar adalah daripada kita sendiri..
Cuma kita saja yang ego dalam mengaku silap sendiri..
Belajar memaafkan dan meminta maaf
Tidak salah untuk meminta maaf walaupun itu bukan salah kita
Kerana melalui perkataan maaf itu, besar maknanya buat sesetengah orang..


Mengapa kita masih lagi mampu berkata
"Mane ada orang yang sempurna"
"Kita semua tidak sempurna"
Sedangkan kita sendiri egois dalam memaafkan orang yang meminta maaf,
Dan ego dalam memberi kata dan meminta maaf walaupun sedar ia adalah salah kita sendiri..

Walhal kita sendiri sedar
Tiada insan yang sempurna
Yang tidak melakukan kesalahan dalam dunia ini

Kadang
Ia terserah kepada kita
Sama ada
Untuk menjadi lebih baik
Atau bantu mereka jadi lebih baik..

END

Kabur

Kabur means..benda yang kau takkan nampak jelasnya
even dah ade depan mata kau..
kenapa tajuk ni?
sebabnya..
hari ni, aku decide untuk xpakai spek..
hahaha..
dan juga takpakai lens

tu ja sebabnya?
ha a..tu ja sebabnya

macam malas nak tengok orang..
mungkin..ntahla
mungkin aku yang patut menghilang..
dari kehidupan semua orang
kadang letih tau..
menjaga hati semua orang tapi,
hati kita?
macam takpena wujud..
macam diri ni..takpunya hati dan perasaan..

tapi,
kenapa saat dan ketika ini..
walau sekabur pandangan aku sekalipun
aku nampak sesuatu yang tidak sepatutnya?
mungkinkah?
mungkin tidak..
sebab suaranya..bukan suaranya..
atau hati yang menafikan?

kabur
mane ade orang dalam dunia ni yang nak dilahirkan dengan memiliki pandangan yang kabur..
dulu mungkin pena edit gambar..
letak spek kat diri sendiri even masa tu pandangan cerah lagi..
sebab dulu cita2 nak jadi doktor haiwan
persepsi seorang doktor, mesti pakai spek.kikiki..
sebab nak sangat kan pakai spek smpai edit gambar camtu sekali..
tup, tros makbul..tros dapat pakai spek..
*sigh

tapi skank advance..
ade lens bagai..
orang tak kabur pandangan pon pakai spek jugak..yang takde power
untungla pandangan masih cerah..
taksemua orang sesuai pakai spek..
jagalah mata..
kerana itu nikmat paling penting..
untuk kita manusia..

END

DP

DP is short for Display Photo
kan?
Kat mana ada DP?
kat WhatsApps, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter
dan media2 sosial lainnya
aku sendiri pon ade media2 sosial tu semua
and yes, DP tu wajib
kan..?
xde kan orang yang biar Profile Picture dia kosong ja?

tapi,
ade risiko la bila letak gambar sendiri as DP
kat Whatsapps or mane2 ja
sebab sekarang kan, kadang2
ade jugak tengok kwn2 minta tolong viralkan account fake
yang guna gambar diorang as DP untuk fake account tu


and here
i'm talking about myself
jujur cakap
aku pon ade save DP kwn2 yang aku suka
mungkin ade mkne di sebalik gambar tu
ade kata2
ada gambar pemandangan
and ade juga gambar diorang sendiri

dan since kadang guna gambar sendiri as DP
memang tak terlepas jugakla
daripada jd mangsa rompakan DP oleh member sendiri neyh
yang sengalnya
dahla amik DP orang, siap edit lagi tu
kadang gambar2 yang comel yang download kat internet,
tu pon kne curik jugak
boleh pulak dia buat jadi DP dia
jadi ter-sama pulak DP

tapi, 
kalau DP Whatsapp
dah setting awal2 hanya untuk contact sahaja
status dan last seen pon
sebab obviously yang dalam contact, adalah orang yang kita kenali
kan?
jadi, no harm la
kalau tak suka orang amik DP kita sesuka hati
pandai2lah jaga

aku
kalau orang nak amik DP aku
tanpa pengetahuan aku
memang la marah jugak
tapi, kat Whatsapp terutamanya
aku takboleh nak salahkan sesiapa
sebab aku dah setting awal bahawasanya
hanya yang ada dalam contact list aku yang dapat tengok DP aku
jadi, kalau kena curik pon DP tu
dalam kalangan orang yang aku kenal ja
tak boleh nak marah
tak boleh nak cakap diorang takde hak
sebab memang DP tu
kita sendiri yang pamer
jadi, salah siapa?
kalau dah taknak sangat orang amik DP kita
baik takpayah letak DP
tapi, nak letak jugak kan DP?

kita sendiri yang upload gambar kita kat mana2 media sosial
dan itu dah jadi salah kita sendiri
kalau kat Facebook misalnya
1000 orang dalam friendlist,
adekah kita nk salahkan semua 1000 orang tu 
kalau DP kita, diorang amik?
tak boleh kan?
sebab yang upload gambar tu, adalah kita sendiri
kita sendiri yang nak pamerkan diri kita pada dunia media sosial
jadi, salahkan diri sendiri dulu sebelum pikir untuk salahkan or marahkan
pencuri gambar kita

kawan aku curi DP aku, edit DP tu
dan send balik kat aku
mulanya memang aku marah
tapi kemudiannya aku fikir balik
takde gunanya aku nak marah
sebab aku sendiri yang decide untuk letak gambar aku as DP
sebab aku sendiri yang dah membenarkan dia untuk view DP aku bila
dan saat ketika aku save nombor dia dalam contact list aku
kat Whatsapp, kita takley nak hide DP drpd certain orang je, kn?
tapi kdg, untuk group Whatsapp..
kalau tak letak DP gambar sendiri, susah untuk orang kenali kita
sebab taksemua orang ada nombor kita
kan?

aku dah cakap tadi
aku pon ade jugak save DP kawan2
tapi, nak guna sesuka hati tu
tidaklah
atleast aku minta izin dulu
kalau dia tak izinkan
simpan untuk diri sndiri sudahla kan?
kalau dah amik DP orang tu
janganlah sesuka hati guna
nati boleh timbulkan fitnah, salah sangka
memang kita takde niat macam tu
tapi, persepsi orang
kita takley nak kawal
kita memang takboleh nak puaskan hati semua orang
tapi atleast kita boleh control tindakan kita sendiri

kalau awak taksuka orang buat DP awak sesuka hati,
janganlah awak sesuka hati buat kat DP orang
before buat pape, mungkin awak patut letak diri sndiri kat tempat dia
itu jugaklah yang selalu aku buat
aku taksuka orang macam tu, macam ni dengan aku
jadi..sebolehnya, elakkan buat benda cmtue kat orang
Tuhan ni, kalau Dia nak tunjuk
sekelip mata ja boleh jadi
aku tahulah sebab aku memang selalu kena bayar cash pon
huhu

jadi,
hati2lah dengan DP
dan
janganlah salahkan orang bila diorang amik DP kita
sebab
hak dan kuasa meng-upload gambar as DP tu
ada pada kita
sebab tu kadang, aku lagi prefer letak gambar sumting else as DP

kalau DP kena curik ngan secret admirer?
agak2 mane dia curi?
hide/block kat Whatsapp
tapi kita lupe, kat insta facebook wechat
situ pon kita upload gambar jugak
inilah bahayanya media sosial
dan bila benda cmnie jadi
takboleh nak salahkan komuniti
sebaliknya salahkan diri sendiri
sebab kita takley cakap diorang takde hak nak amik gambar kita
sebab tiap pengguna ade hak dengan cara mereka guna aplikasi masing2
kita yang membenarkan mereka masuk ke dalam dunia kita
jadi, kita seharusnya lebih waspada

it's all up to us
coz we're the one who started it
we're the cause for every action made/took by us

reflect yourself before you judge people
before you start pointing/blaming others

END  

Marah?

Aku nie bukannya jenis yang cepat marah sebenarnye..
Yang mana rapat ngan aku, diorang tahulah..
Kadang aku lagi suka pendam daripada cerita..
Sebab kalau cerita pon, orang jarang nak bagi reaksi yang sama macam kita..
Orang takkan rasa macam yang kita rasa..
Kan?
Tapi, memang akn obvious la kalau aku dah marah orang tu..
Mimik muka jangan cakap la..
Orang tak kenal pon boleh pandang semacam..
Tapi, orang yang susah marah ni...
Entahla...
Janganlah buat dia marah,
Sbb korunk takkan tau ape akibatnya bila dia dah marah..huhu


                   

Tapi, itu aku yang dulu...
Aku yang akn marah orang balik bila orang buat aku marah..
Even bagi orang len, Bnda tu kecik je..

Sekarang...
Aku diamkan je..
Takde guna nak tunjuk marah kita dekat orang..
Orang takkan paham..
Kalau rasa nak marah ja, istighfar je la..
InsyaAllah ok..
Kalau dah masuk waktu, solat ja terus..
Atleast boleh lupe kejap punca kemarahan tu..

Sbb kadang2, kita akan buat sumting yang kita tak patut time kita marah..
Bila amarah dah reda, kita nak menyesal pon tak guna..
Kadang kata2 yang keluar time marah, lagi tajam dari mata pedang kan..
Perahu boleh undur, perbuatan ngn kata2 boleh ke?
Masih boleh amik balik ke bila dah obviously lukakan orang?
Boleh..tapi, kesannya tetap akan ada..

Takpe orang buat kita marah
Itu hal dia..
Tapi life is meaningless, worthless kalau asyik nak marah ja..
Kalau ditakdirkan kita meninggal esok lusa,
Berbaloi ke kita nak terus marah orang?
Silap2 meninggal tak sempat minta maaf, dapat kemaafan daripada orang tu..

Jadi, instead of nak marah orang ja..
Mungkin patut reflect dulu reason kita nak marah dia..
Mungkin juga punca dari diri sendiri tanpa sedar..
Jadi, kawal lah amarah anda..heee

Tak elok marah2 tau.. >.<