Kebenaran
Ade apa dengan kebenaran?
Sehingga sesetengah orang sanggup bertindak untuk sembunyikan kebenaran?
Sehingga kadang sanggup reka cerita demi diri sendiri?
Dan persalahkan yang lain
Untuk ape?
Nak jadi hipokrit?
Kadang kita bercerita perihal sesuatu
Dengan menyembunyikan sesuatu
Dan mendedahkan yang lain
Membuatkan pendengar salah faham
Menjadikan yang lain sebagai mangsa
Tanpa berfikir silap sendiri
Aku kadang lagi suka cakap direct
Jujur je terus
Even lepas tu kena marah
Takpe, asal aku jujur
Asalkan dia tahu cerita betul daripada aku sendiri
Daripada dengar cerita rekaan daripada orang laen
Yang boleh buat kami jadi jauh
Aku ade bukti
Aku ade saksi
Saksi yang tak mungkin boleh kau tandingi
Dialah Tuhan yang Satu
Walau kau mungkin sembunyikan kebenaran
Demi diri kau tak dipandang rendah oleh orang laen
Demi orang yang kau suka
Demi orang kau nak jaga hatinya
Mungkin kau patut fikir dulu
Takde benda yang boleh disembunyikan daripada pengetahuanNya
Dan kalau aku bentangkan seribu satu bukti terhadap kau
Persis seorang peguam untuk membela diri aku
Untuk buktikan aku tak bersalah
Mungkin kau sendiri pun
Takkan sanggup lagi jadi diri kau sendiri
Kerana tatkala itu, mungkin kau akan sedar
Rupanya terbukti engkau yang terlupa
Akan perbuatanmu sendiri
Andai aku tunjukkan kebenaran yang ada
Takkan ada lagi ayat yang mungkin boleh kau utarakan
Untuk membuktikan aku mereka cerita
Mungkin dengan engkau engkau dan engkau
Akan terdiam dengan sendirinya
Sekarang mungkin kau tidak sedar
Dan masih anggap tu semua kesalahan aku
Tapi kalau aku tunjukkan bukti
Mampukah kau untuk membuka mulut lagi?
Menyatakan yang engkau benar?
Aku selalu dengar dan baca
Andainya di dunia kita berbuat kesalahan pada seseorang
Kita harus meminta maaf terlebih dahulu padanya sebelum dimaafkan
Sekiranya tidak, kita akan mencari mereka di Padang Mahsyar nati
Betulkah?
Sebelum terlambat, muhasabahlah diri
Engkau tidak akan mati dengan hanya meminta maaf
Sekurangnya, ego engkau yang 'mati'
Mohon jangan terlalu menjaga hati yang lain
Sehingga terlupa akan hati yang lain
Yang sedang berusaha demi sebuah senyuman darimu
Hargailah selagi ada
Kerana engkau takkan pernah tahu
Apa yang telah dikorbankan demimu
Jadilah seorang yang jujur
Yang tidak menyakiti hati yang lain
Dengan sebuah pembohongan
Demi suatu ikatan
Jadilah seorang yang jujur
Andai ingin difahami dan memahami
END
No comments:
Post a Comment