Mistakes a.k.a kesilapan..
Semua orang takboleh lari daripada melakukan kesilapan..
Aku sendiri pon..
Tapi lagi menyakitkan bila ia dianggap sebagai kesilapan tatkala niat kita hanyalah untuk menyedarkan..
Kadang orang takpena faham niat kita..
Semuanya akan dianggap seolah ingin menjatuhkan..
Kadang..
Orang menegur bukan kerana mereka lebih baik daripada kau..
Tetapi kerana, dia mungkin sudah pernah melakukan hal yang sama sepertimu sekarang..
Atau mungkin lebih teruk daripada ini..
Kadang mereka menegur dengan niat agar engkau tidak terpesong..
Kerana penyesalan yang datang takkan mampu diundur balik..
Kalau aku..
Sebelum aku buat pape..
Yang boleh kau anggap sebagai kesilapan..
Ketahuilah, aku terlebih dahulu meletakkan diri aku di posisi itu..
tak suka kawan keluar malam
Bukan bermakna tak benarkan kau keluar
Tetapi, kau hidup dalam masyarakat
Kau mungkin tak buat ape2 kesalahan dengan keluar malam
Tapi, malang itu tidak berbau
Andai terjadi apa2, siapa yang mungkin dipersalahkan?
Fikirlah..
selalu masuk campur hal kawan
Bukan bermkna dia seorang Busybody
Bukan dia saja2 nak kacau hubungan kau dengan dia
Tetapi, fikirlah
Mungkin ade silap engkau sendiri yang membuatkan dia bertindak sebegitu
Fikirlah..
Jangan cepat menyalahkan orang laen..
Mungkin kita patut terlebih dahulu lihat diri kita
Kenapa dia buat benda yang kita tak suka?
Kenapa dia buat macam tu?
Apa tujuan dia?
Jangan pernah menuduh membuta tuli
Andai dia menjelaskan,
Dengarlah dan fikirlah..
Kadang orang bukan nak menjatuhkan tetapi untuk menyedarkan
Bahawa apa yang kita buat tak selalunya betul
Dan tidak sepatutnya dilakukan..
Kadang orang takmakpu nak sampaikan sesuatu dengan cara yang baik
Cuba fikir..
Kenapa kita diberi ujian oleh Allah SWT?
Kerana Itu adalah cara Dia untuk menegur kesilapan kita..
Allah SWT itu bukanlah ibu bapa, keLuarga mahupun kawan yang boleh menasihati kita depan2
Kerana itu, Dia hadirkan ujian sebegitu buat kita..
Sebagai teguran..
Jadi, janganlah kita cepat melatah dengan tiap apa yang terjadi..
Kerana tiap yang berlaku ade sebabnya..
Dan sebab utamanya adalah daripada kita sendiri..
Kadang..
Sebenarnya kita sendiri tahu itu silap kita
Tapi, jarang untuk kita mengakui silap sendiri
Lebih selesa menyalahkan yang lain mungkin...
Sebelum menghukum orang atas kesilapan yang mereka lakukan,
Pertama sekali, fikirlah dengan dalam kenapa ia terjadi
Andai kau tidak bertemu jawapan, maka tanyakan lah pada mereka..
Silap sendiri kita tidak nampak, tapi janganlah terlebih dalam menyalahkan orang..
Kita mungkin merasakan diri ini betul tapi sebenarnya,
Tuhan juga nampak bahawa punca sebenar adalah daripada kita sendiri..
Cuma kita saja yang ego dalam mengaku silap sendiri..
Belajar memaafkan dan meminta maaf
Tidak salah untuk meminta maaf walaupun itu bukan salah kita
Kerana melalui perkataan maaf itu, besar maknanya buat sesetengah orang..
Mengapa kita masih lagi mampu berkata
"Mane ada orang yang sempurna"
"Kita semua tidak sempurna"
Sedangkan kita sendiri egois dalam memaafkan orang yang meminta maaf,
Dan ego dalam memberi kata dan meminta maaf walaupun sedar ia adalah salah kita sendiri..
Walhal kita sendiri sedar
Tiada insan yang sempurna
Yang tidak melakukan kesalahan dalam dunia ini
Kadang
Ia terserah kepada kita
Sama ada
Untuk menjadi lebih baik
Atau bantu mereka jadi lebih baik..
END
No comments:
Post a Comment