Friday, 30 September 2016

Jeritan hati

Jeritan hati..
tiba2 sahaja ayat ni keluar
mungkin kerana hati sudah tidak mampu menjerit memendam
apa yang dirasa
sehingga hati terasa kosong sekosongnya

hati banyak memendam
akan apa yang dilihat akan mata
mungkin ia yang paling kuat antara semua
dalam diri manusia
kerna
walau dilukai, walau dipijak
walau sekuat mana ia diuji
ia tetap tidak berhenti untuk terus berfungsi
jadi,
andainya ia tidak pernah berhenti untuk berfungsi
mengapa kita mahu berhenti akan sesuatu
ujian yang menyinggah seketika cuma

hati
sabarlah..
bukan hanya untuk hari ini
tapi juga untuk setiap hari

hati milik Dia
walaupun ia terletak dalam diri kita
walaupun kadang ia mengawal kita
namun ia masih dikawal oleh Dia

jadi,
mohon hati
untuk terus percaya
akan tiap sesuatu yang direncanakan olehNya
dan terus kuat
insyaAllah..

Aku ini orangnya bagaimana?

Yeay..
Mari mengenali Aien
Walaupun Aien sendiri tak pasti betul ke tidak semua yang akan ditulis nanti
Jadi, tulis yang mane rase betul jelah eh?

First of all
Yes, imma sensitive person
Bukan emosi dan perasaan ja
Kulit pon sensitip same
Baru ja pakai dua hari Mask p kampus,
Muka dan naik ruam
Bahagian hidung utamanya..
Cuci muka pun takboleh ganas sangat,
Bengkak tak hilang agy neyh
Pastu, ade yang cakap pakai Mask dah macam pakai purdah
Jadi, tros takpakai dah Mask p kampus
Even bengkak ade lagi
Aien diam orang chop sombong lah Pulak haiiii
Redha jelah..

Lagi lagi
Aien tak ske kena ignore
Even in text messages
Bagi la bluetick,
Karang Aien bebel nonstop padan muka
Dan Aien memang suka text
Well, orang yang lahir bulan Oktober memang cenggitu gamaknya
Tapi, sape je yang tak suka text kan?
Generasi skank, 24 jam ngan hp jaa..

Pastu
Bila Aien bad mood
Aien mesti diam dulu kejap..
Pastu Aien akan start bebel sampai Aien abez luah ape Aien rase pendam dalam hati semua neyh
Sampai rasa lega
Then, tada!!! Mood kembali ok

Yang part ni,
Aien selalu nafi tapi rasanya betul kot
Part mane?
Part manja nie
Aien anak sulung tapi Aien tak tunjuk sangat Aien manja
Kadang Aien pendam ja sampai Aien merajuk sorang2
Tapi kalau dengan kawan, dy tak jadi manja..
Dy jadi mengada2..
Semua perangai budak boleh kuar..
Maklumlah budak ni kurang kasih sayang..
Form4 lagi dah jauh ngn famili..
Zaman kecik2 dlu dunia dengan buku komik semua ja
Sebab tu jadi budak nerd pakai spek
Boleh Pulak edit gmbar mase kecik2 dlu pakai spek, konon dlu cita2 nak jadi vet
Cita2 jadi vet xnampak bayang pon cuma part yang pakai spek ja jadi nyata..
Ahahahaha..

Hmmm..
Manja dan mengada2 ni..
Kalau boleh, semua yang dia nak, dia mesti akan dapatkan..
Contohnya kalau nak KFC..
Sanggup p cri ni bila mengidam dy datang..
Hehe..

Kadang Aien suka duk sorang2
Yup, kadang sendiri itu dapat bagi ketenangan
Dan sendiri tu, akan buat kita nampak sape yang btol anggp kita kawan
Kalau dia anggap kita kawan, dia mesti akan datang pada kita kan..
Sebab itu yang Aien buat bila tengok kawan Aien sendiri
Saje p tegur, ntok cakap "ye, saya perasan awak kat sini"
Nafas akhir nanti, bukan kawan ja..
Tapi famili pon kita takboleh bawa sama..
Melainkan kalau sama2 pergi..
Tapi still, ruang kubur masing2..

Niqabis

Niqabis, niqabista
Or watsoever yang korunk sebut kan..
Generasi kini memulakan perkataan baru
Hipster, raver, hijabista dan bla bla bla..

Dah few days passed
Mc dah habez..
Jadi kembali ke kuliah
Dan terpaksa cover muka dengan cik topeng
Jd dah macam pakai purdah Pulak aku neyh

Bengkak dah surut cuma belum sepenuhnya
Dan..hmm..lamanya xsentuh nasi
2-3 hari ni makan mashed potatoes ja
Kelas kan makan mashed potatoes?
KFC lagi..hahaha
Sbb just boleh mkn sumting yang boleh tros ditelan tanpa memerlukan kunyahan
Nampak tak pengorbanan dy..
Berat pon dah makin turun nie..
Aduhai berat..
Nak naik ja kne makan seminggu non stop baru dpt 1kg..
Nak turunnya, skip nasi sehari pon dh boleh turun 1kg..
Adoiii..hahahaha

Nak gelak, nak sembang, semua kena kontrol
These few days, dH boleh layan sembang dak rumah slow2
Tak jelas butirannya tapi masih boleh difahami
Pasni Nak mkn aiskrim..
Tapi hujan nie..alahaiii

Umi xbagi makan sesuka hati..
Dy sowh aku pantang makan macam orang baru bersalin ja..
Telur pown xboleh..
Alaaaa..bestnya telur separuh masak..
Hukhukhuk

Mok cakap, takpe..
Nanti along cantik..
Ye..nati along cantik..
Bukan senang tau nak cantik..
Terutama kalau nak cantik sebab seseorang
Dan diri sendiri
Struggle dy tu kemain lagi..
Tapi kadang, orang masih xboleh nak hargai..
PengorbNan seseorang buat dy..

Jadi untuk seminggu nie,
Kenalah pakai Mask ja p kelaaih..
Kalau xpkai nanti orang tegur..
Tapi bila dh pakai, makin ramai Pulak yang tgor
Tak sihat ka, Aien kenapa?
Alahaiii..

Tapi kalau dari jauh, mesti orang ingat Aien pakai purdah
No no no
Pakai purdah is not a trend
Walaupun just untuk suka2
Bertudung pun is not a trend..
Sebelum ni pernah jugak terniat untuk pakai purdah
Tapi iman di dada blom ckop banyak
Even just untuk pakai suka2, or ntok amik gambar
Sebab bagi Aien, pakai purdah ni as if bawa maruah agama bagi perempuan
Selagi xyakin untuk Istiqamah, Aien tolak tepi dulu untuk pakai purdah
InsyaAllah kalau sampai seru..
Tapi, memikirkan diri..
Aduii..dosa terlalu banyak
Dan terasa seolah tak layak untuk pakai purdah pon..
Hahahaha..

Baiklah..doakan Aien ntok tros kuat untuk minggu ini..
InsyaAllah..
Tuhan bersamaku..

Monday, 26 September 2016

Gementar

Yes..
Aku gementar..
Haha..ni ja yang terlintas pada saat dan ketika waktu ini..
Nampak tak gementar dia bila dia ulang benda sama berulangkali..
Heehewhew..

Esok surgery..
Untuk pertama kalinya dalam hidup..
Maklumlah, alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik
Sehingga ke hari ni
Semoga esok semuanya dipermudahkan 
InsyaAllah

Yup, amik masa jugak untuk post entry for This month
Sebab perkataan untuk bulan ini macam komplikasi sikit
Wah wah..komplikasi sangat
Bhahahaha

Untuk menulis sesuatu mengikut sesuatu
Begitulah kehidupan seorang designer
Designer lah sangat cik Aien oi

Lepas tu nak pastikan lagi topik2 yang berkaitan ja yang akan di post untuk bulan itu
Huii..perah otak bagai..
Kadang idea tu datang tapi,
Takde tajuk yang sesuai nak bagi
In the end, mane idea yang datang dulu, semua masuk draft..
Hikhikhik..

Eh eh..jauh sudah lari topik
Hmm hmm..
Baiklah..
Doakan semuanya baik2 sahaja esok
Gementar aku gementar
Sampai hilang senyuman untuk hari ini..
Oh tidak cik Aien..
Tros kan senyum biar apa yang jadi..

Takpe..
InsyaAllah semua akan baik2 je..
*senyum*

Sunday, 18 September 2016

Anehnya manusia

Anehnya manusia pada zaman kini
sedang dunia sedang menghampiri ke penghujungnya,
manusia pula makin terasa selesa hidupnya
seolah hidup tidak berpenghujung..

perubahan demi perubahan...
..dari skirt kepada seluar longgar kepada jeans..
..dari jubah kepada baju labuh kepada tshirt biasa..
..dari shawl labuh kepada bawal pin bawah kepada bawal pin bahu..
..dari pakai handsock selalu kepada handsock depan lelaki sahaja kepada tidak pakai langsung..
..dari longgar kepada ketat..
..dari labuh kepada singkat..
..berubah itu boleh tapi biarlah berubah kepada yang terbaik, 
bukannya yang terbalik..

jangan berubah kerana trend,
jangan berubah kerana seseorang,
jangan berubah kerana persekitaran,
tapi berubahlah demi diri sendiri..
kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri..

ada yang dulunya baik,
kini perlahan menjadi liar sedikit demi sedikit,
perlahan demi perlahan,
kerana persekitaran.

dulu mungkin di zaman sekolah,
engkau mengenalinya sebagai yang alim muslimah,
tapi bila melepasi zaman sekolah,
dia mula berubah,
setelah menjejaki universiti dan alam pekerjaan,
keluar malam menjadi habit,
berperangai nakal,
baju yang labuh makin singkat
tudung yang labuh dulu juga entah kemana,
elok berbaju kurung kepada jeans dan kameja,
bertutup hanya demi memenuhi syarat agama,
mungkin mula berperangai nakal
kerana manusia yang dia temui di sepanjang perjalanan itu. 

begitu juga,
dengan insan,
yang dulunya mungkin kau kenali sebagai seorang yang bising,
kaki kecoh, kasar pada zaman sekolahnya,
mula berubah menjadi seorang yang pendiam,
seorang yang pemalu
pakaian yang dulunya jahil, 
kini indah bertutup,
juga kerana manusia yang dia temui di sepanjang perjalanan itu.

jadi,
jangan kau hakimi manusia pada saat kau kenalinya,
kerana manusia itu berubah-ubah sikapnya
yang pemalu pendiam boleh menjadi yang gedik mengada,
yang dulunya tidak memandang lelaki,
kini mula memberi harapan buat lelaki,
kononnya tanpa sengaja.
 begitu juga buat sang teruna..

bumi berputar,
masa berlalu,
menghadaplah kiblat,
carilah tujuan engkau hidup dimuka bumi ini..

berkata bukan sekadar kata
tapi apa yang terzahir didepan mata
buat pegangan engkau dan aku..

Friday, 16 September 2016

Nevermind

Nevermind
Takpelah
Tak mengapalah
Takpe
Lupakan ja

Percaya tak yang kadang perkataan tu semua punya maksud yang lain,
Punya maksud yang tersirat,
Yang kadang ingin difahami oleh lelaki tanpa perlu meluahkan

Its a simple word yet meaningful.
Tapi kadang ia memang tak bawa maksud yang lain pon.

Kadang bila ia diucapkan,
Bagi Aien sendiri,
Sebenarnya ada sesuatu yang Aien nak cakap, 
tapi Aien decide untuk tidak mengatakannya.

Kadang bila Aien cakap 'takpelah',
Kena tahu lah dulu nada Aien yang sebenarnya camne,
Ayat Aien sebelumnya camner.

Kadang Aien cakap 'takpelah',
Kadang sebenarnya, Aien nak tahu pasal sesuatu tu,
Tapi kalau orang tu taknak bagi tau,
Aien pahamlah.

Kadang sebenarnya,
Aien memang dah malas nak amik tau.
Kadang sebenarnya,
Aien dah tahu terlebih dahulu akan sesuatu.
Dan kadang sebenarnya,
Memang takde ape2.
Biasalah, kadang perempuang memang suka tarik perhatian, cari perhatian.
Kan?