Sunday, 18 September 2016

Anehnya manusia

Anehnya manusia pada zaman kini
sedang dunia sedang menghampiri ke penghujungnya,
manusia pula makin terasa selesa hidupnya
seolah hidup tidak berpenghujung..

perubahan demi perubahan...
..dari skirt kepada seluar longgar kepada jeans..
..dari jubah kepada baju labuh kepada tshirt biasa..
..dari shawl labuh kepada bawal pin bawah kepada bawal pin bahu..
..dari pakai handsock selalu kepada handsock depan lelaki sahaja kepada tidak pakai langsung..
..dari longgar kepada ketat..
..dari labuh kepada singkat..
..berubah itu boleh tapi biarlah berubah kepada yang terbaik, 
bukannya yang terbalik..

jangan berubah kerana trend,
jangan berubah kerana seseorang,
jangan berubah kerana persekitaran,
tapi berubahlah demi diri sendiri..
kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri..

ada yang dulunya baik,
kini perlahan menjadi liar sedikit demi sedikit,
perlahan demi perlahan,
kerana persekitaran.

dulu mungkin di zaman sekolah,
engkau mengenalinya sebagai yang alim muslimah,
tapi bila melepasi zaman sekolah,
dia mula berubah,
setelah menjejaki universiti dan alam pekerjaan,
keluar malam menjadi habit,
berperangai nakal,
baju yang labuh makin singkat
tudung yang labuh dulu juga entah kemana,
elok berbaju kurung kepada jeans dan kameja,
bertutup hanya demi memenuhi syarat agama,
mungkin mula berperangai nakal
kerana manusia yang dia temui di sepanjang perjalanan itu. 

begitu juga,
dengan insan,
yang dulunya mungkin kau kenali sebagai seorang yang bising,
kaki kecoh, kasar pada zaman sekolahnya,
mula berubah menjadi seorang yang pendiam,
seorang yang pemalu
pakaian yang dulunya jahil, 
kini indah bertutup,
juga kerana manusia yang dia temui di sepanjang perjalanan itu.

jadi,
jangan kau hakimi manusia pada saat kau kenalinya,
kerana manusia itu berubah-ubah sikapnya
yang pemalu pendiam boleh menjadi yang gedik mengada,
yang dulunya tidak memandang lelaki,
kini mula memberi harapan buat lelaki,
kononnya tanpa sengaja.
 begitu juga buat sang teruna..

bumi berputar,
masa berlalu,
menghadaplah kiblat,
carilah tujuan engkau hidup dimuka bumi ini..

berkata bukan sekadar kata
tapi apa yang terzahir didepan mata
buat pegangan engkau dan aku..

No comments:

Post a Comment