Friday, 30 September 2016

Jeritan hati

Jeritan hati..
tiba2 sahaja ayat ni keluar
mungkin kerana hati sudah tidak mampu menjerit memendam
apa yang dirasa
sehingga hati terasa kosong sekosongnya

hati banyak memendam
akan apa yang dilihat akan mata
mungkin ia yang paling kuat antara semua
dalam diri manusia
kerna
walau dilukai, walau dipijak
walau sekuat mana ia diuji
ia tetap tidak berhenti untuk terus berfungsi
jadi,
andainya ia tidak pernah berhenti untuk berfungsi
mengapa kita mahu berhenti akan sesuatu
ujian yang menyinggah seketika cuma

hati
sabarlah..
bukan hanya untuk hari ini
tapi juga untuk setiap hari

hati milik Dia
walaupun ia terletak dalam diri kita
walaupun kadang ia mengawal kita
namun ia masih dikawal oleh Dia

jadi,
mohon hati
untuk terus percaya
akan tiap sesuatu yang direncanakan olehNya
dan terus kuat
insyaAllah..

No comments:

Post a Comment