Wednesday, 23 December 2015

Stalk


                 

stalk itu perbuatan
stalker itu orang yang melakukan perbuatan itu
 berbahasa inggeris sket since nak amik paper english nati
hehehe

stalk tu bila kau perhatikan seseorang
tak kira dimana saja
tapi, kalau orang tu takde depan mata
zaman sekarang kan dah maju
sosial network bagai
ni namanya stalk dalam diam
tengok insta dy, fb dy, twitter, whatsapp, wechat
banyak benda boleh jadi medium
tinggal pilih ja

aku pon suka jugak stalk orang
melalui benda cmnie la boleh tau sal certain orang
jangan cakap stalker takboleh judge orang
melalui cara orang pon, stalker boleh judge orang dengan betul
especially kalau sama jantina

macam mana stalker boleh tahu?
sebab stalker akan amik tau dari pelbagai sudut sal seseorang tu
baik sal diri dy atau sal orang sekeliling dy

tapi kadang ade jugak stalker yang just amik tau sal orang tu
hanya pasal orang tu dan orang rapat dengan dy ja
stalker boleh jadi terdiri daripada musuh, kawan lama yang dah tak lagi jadi kawan, ex kita
or sesape ja yang nak amik tau sal kita dalam diam

kadang bila certain orang tu judge kita
cakap kita macam2
cuba pikir balik, ape yang kita dah buat sampai orang tu boleh cakap macam tu
pokok pon takkan goyang kalau angin takdek

contohnya aku sendiri la
sebab nak tuju sesape ni
sendiri ingat la diri sendiri
kadang orang cakap aku macam ni, macam tu
masalahnya aku kenal ke kau?
aku tak kenal pon kau
jadi, macam mana kau boleh cakap aku macam tu, macam ni?
tengok fb?
fb aku pon dah berhabuk takdak post pape
insta? maaf aku memang kaki selfie tapi aku jarang sangat nak post gambaq2 aku
sebab orang ckp, insta tempat nk show off
jadi, better aku show off anak2 bulus aku
daripada aku post selfie aku yang mengarut pose tu
daripada aku dengar org kutuk aku sebab gambaq selfie aku yang kadang2 boleh kelihatan mengada2
daripada aku nak dedahkan sape kawan2 aku yang mungkin akn jadi mangsa
if ade orang takpuas ati ngan aku
sebab kalau aku ade masalah
jarang la aku nak libatkan kawan
takperlu kot kadang libatkan kawan kalau rasa benda tu hal peribadi

aku jujur la cakap
aku taksuka orang menipu dengan hipokrit neyh
ngan aku cakap lain, tapi ngn org len ko cakap laen jugak
ngan aku kau nafi macam2 tapi
bila ja aku stalk kau
demi sebuah kebenaran yang aku cari
ape yang aku dapat eh?
penipuan kot..
kau pikir ape aku rasa?
menyampah la jugak dengan orang macam neyh
bukan menyampah, taksuka

ia diibaratkan seperti
kau cuba cover up benda yang obvious
contoh, kau free hair tapi kau cakap kau bertudung
agak2 ko?

eh, ape kaitan ngan stalk?
adoi..
dah merapu dah haa
stalk pasal seseorang ni
pernah gaduh sebab sesuatu
jadi aku rasa bersalah
akukah yang bersalah?
atau kau yang taknak mengaku salah?

 nak jadi stalker bukan senang
kadang ko ade akaun fb more than one
kadang ko kne rapat giler ngan kwn ko in case ko nak guna akaun diorg
hahaha
case aku, kawan aku lah
bagi pnjam insta bagai
smpai lupe password boleh siap p tanye aku balik
maaf kawan, aku sendiri pon dah lupe password ko
bilamana aku stop stalk orang
aku busy ngan life aku
ngan cara aku nak amik ati orang yang aku sayang
busy nk baiki life aku sendiri
yang kena tempias dek perbuatan orang dan diri sndiri

k balik pada topik asal
aku pena la stalk sorang neyh
sebab aku taksuka dipersalahkan
dengan aku kemain doh cakap itu ini
salahkan aku
minta maaf takde bunyi ikhlas pon bilamana
still pointing silap tu kat aku
kau buat aku rasa bersalah
untuk kacau hidup kau
orang baik macam kau
memandangkan aku jahat kan?

ye, aku jahat
walhal niat aku memang nak tolong kau pon time tu
sempat la friend kat wechat jap
dy block aku lepas aku kacau dy
and sebab dy terasa ngan entry aku dulu
wait, perlu ke ko terasa kalau kau memang takbuat?
aku tuju untuk umum bukan tuju untuk kau
takde pulak aku mention kau dalam post tu
tapi takpe, rasanya aku dah delete kot post tu
dulu aku memang emosi sket
sekarang? entah..

ok, kau cakap aku macam2
ko downgrade kan aku macam kau perfect sangat
macam kau takbersalah langsung
yes, aku suke expose pe aku rase daripada aku pendam dan jadikannya dendam
 bila kau jaga ayt kau dengan aku,
aku pon jaga jugak ayt aku dengan kau
tapi, hasil stalk aku
aku taksuka dengan ape yang aku jumpa
kenapa kau hipokrit sangat?

kenapa aku cakap macam tu?
ade suatu contoh yang ingin aku berikan
takpe, aku jadikan diri aku sendiri sebagai contoh
contohnya aku
bila dengan orang lain
aku sehabis baik cakap lembut, takdak guna kata2 kesat bagai
mempamerkan aku as sumone yang baik, sopan santun bagai
but, ngan orang yang aku selesa
semua perkataan boleh kuar
kesat tak kesat

tapi aku bukan macam tu la
orang rapat ngan aku tahu aku takpernah kuarkan kata2 camtu
paling koman pon, kasaq sket ja, takde kesat 

kat fb takde post pape
kat insta just selfie
tapi, dari cara selfie orang boleh tau kita camner
tapi kat wechat?
memandangkan kat wechat ade orang yang kita kenal ja
makanya, semua ayat boleh kuar kan?
doa tak doa
emosi tak emosi
rasa hati tak rasa hati
perasaan yang disembunyi takdisembunyi
same goes kat twitter
twitter pon jadi tempat menulis gak
luahan perasaan mungkin

aku pena cakap sebelum ni
bahasa gambarkan personaliti
takya la kot bajet baik kalau penulisan kau gambarkan semuanya
kerana penulisan lahir dari hati
kau tulis apa kau pikir, dan kau tulis ape kau rasa
kerana penulisan itu
jujur

yes
kadang stalk orang ni menyakitkan hati
especially bila cmnie
dah habez orang dah takpercaya kau
dah abez orang tuduh kau macam2
tapi ternyata sebenarnya kau tak salah pon
ape kau rasa?


maaf
entry ini beremosi
maaf
entry ini lahir dari jiwa

Friday, 18 December 2015

Penulisan

Penulisan..
Eh eh..
Ni bukan subjek bahasa Melayu yang penulisan tu ek..
hari ni topik dia 'penulisan'

orang boleh pamerkan penulisan mereka dengan macam2 cara..
one of the methods is kat laman sosial network..
moment aku untuk hari ni adalah 'penulisan menggambarkan keperibadian'
moment wechat la..
tapi takboleh nak guna ayat tu untuk entry ni since entry blog aku tema dy 'keyword' ja..
based on one word ja ntok tiap entry..
except for my first entry..
sebab masa tu, blom ade tema lagi untuk blog neyh..

ok
back to the topic
'PENULISAN'

nak tengok keperibadian seseorang,
tengoklah cara penulisan dia
ayat2 yang dia guna..
aku dulu pown macam tu jugak
tulis ikut rasa hati ja
tak kira emosi macam mana pown..
tapi..
kemudiannya..aku fikir balik
melalui ayt2 itulah, orang yang tidak kenal akan aku..
judge aku..

even kita pakai baik camner sekalipown..
tapi masih belum mampu nak gambarkan diri kita yang sebenar..
kerana rupa boleh menyembunyikan..
tetapi, bukan sesuatu yang lahir dari hati kita..

penulisan..

jadi, jagalah penulisan anda..
bahasa anda
ayat yang ingin anda sampaikan..

aku dulu banyak tulis berkaitan emosi aku dekat moment wechat..
tapi, seribu satu hasil tulisan..
seribu satu luahan hati aku kat situ pown..
belum tentu dapat buat aku ok
kawan2 yang komen pown,
xmampu nak bantu redakan perasaan aku sepenuhnya..
jadi, apa gunanya aku menulis, mencoret kat ruangan itu?
nak bagitau semua orang bahawa aku cepat emosi?
nak bagitau semua orang apa aku rasa?

berkali2 aku muhasabah diri
dan akhirnya putuskan untuk hide moment wechat aku buat sementara waktu
kawan2 bertanya, 'kenapa hide?kalau hide, sapa nak baca?'
maaf, lebih baik tiada yang tahu apa yang saya rasa melainkan Dia

dan tiba2 saya buka kembali moment wechat saya
tapi saya dah delete mane2 entry yg emosi..
post ja moment yang gembira2..
untuk diri sendiri dan kawan2 yg tgh sedih mungkin
ada kalanya, entry kita mungkin boleh buat orang rasa ok
sebab kita tak tahu apa yang orang lain rasa pada saat dan ketika dia membaca moment kita
kan?
banyak post sal ayat2 ja..
bukan untuk tunjuk baik tapi,
sekadar peringatan buat diri sndiri
nasihat ntok tros senyum pada tiap masa yang mendatang..

even kita marah kat orang sekalipown, 
takpayah lah kowt nak tulis2 semua tu kat sosial network
sebab apa yang kita tulis tu..
kadang bukan gambarkan keburukan orang lain
tapi sebenarnya gambarkan diri kita sendiri
bagaimana sebenarnya kita bila berhadapan dengan situasi tu..

bila marah orang, kutuk orang macam2
cakap mereka itu ini
tapi sebenarnya, kita tengah tunjuk kat orang diri kita, perangai kita
yang mereka takpernah tahu sebelum ini
mungkin selama mereka kenal kita,
mereka takpernah tengok kita marah
takpernah tahu macam mana kita marah
takpernah hadapi situasi bila kita marah
dan mereka assume, kita boleh hadapi semua dengan tenang
hakikatnya, bila kita marah,
kita post kat sosial network
tunjuk perangai kita sebenar..
rupanya disebalik kelembutan, ada kesatnya..
paham kan?

entry ni pown,
bukan tuju untuk siapa2
ni, sebenarnya ungkapan diri sndiri
bila mengingatkan yang aku pernah hide moment untuk berbulan2
bukan menghindari dunia, mencipta dunia sendiri
tapi muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik
ni pown mungkin oleh sedarkan few people
but most importantly, sedarkan dan ingatkan diri sendiri

blog ini pown
sebenarnya menggambarkan isi hati aku jugak
apa rasa aku, apa pendapat aku.. 
entry disini jugalah yang akan menggambarkan keperibadian aku
dan akulah yang harus memutuskan
untuk dilihat secara positif atau negatif
iye, tidak dinafikan anggapan negatif pasti ada
namun, takpe..
Dia lebih Mengetahui..



Wednesday, 9 December 2015

TRUTH


Kebenaran
Ade apa dengan kebenaran?
Sehingga sesetengah orang sanggup bertindak untuk sembunyikan kebenaran?
Sehingga kadang sanggup reka cerita demi diri sendiri?
Dan persalahkan yang lain
Untuk ape?
Nak jadi hipokrit?

Kadang kita bercerita perihal sesuatu
Dengan menyembunyikan sesuatu
Dan mendedahkan yang lain
Membuatkan pendengar salah faham
Menjadikan yang lain sebagai mangsa
Tanpa berfikir silap sendiri

Aku kadang lagi suka cakap direct
Jujur je terus
Even lepas tu kena marah
Takpe, asal aku jujur
Asalkan dia tahu cerita betul daripada aku sendiri
Daripada dengar cerita rekaan daripada orang laen
Yang boleh buat kami jadi jauh

Aku ade bukti
Aku ade saksi
Saksi yang tak mungkin boleh kau tandingi
Dialah Tuhan yang Satu

Walau kau mungkin sembunyikan kebenaran
Demi diri kau tak dipandang rendah oleh orang laen
Demi orang yang kau suka
Demi orang kau nak jaga hatinya
Mungkin kau patut fikir dulu
Takde benda yang boleh disembunyikan daripada pengetahuanNya

Dan kalau aku bentangkan seribu satu bukti terhadap kau
Persis seorang peguam untuk membela diri aku
Untuk buktikan aku tak bersalah
Mungkin kau sendiri pun
Takkan sanggup lagi jadi diri kau sendiri
Kerana tatkala itu, mungkin kau akan sedar
Rupanya terbukti engkau yang terlupa
Akan perbuatanmu sendiri

Andai aku tunjukkan kebenaran yang ada
Takkan ada lagi ayat yang mungkin boleh kau utarakan
Untuk membuktikan aku mereka cerita
Mungkin dengan engkau engkau dan engkau
Akan terdiam dengan sendirinya
Sekarang mungkin kau tidak sedar
Dan masih anggap tu semua kesalahan aku
Tapi kalau aku tunjukkan bukti
Mampukah kau untuk membuka mulut lagi?
Menyatakan yang engkau benar?

Aku selalu dengar dan baca
Andainya di dunia kita berbuat kesalahan pada seseorang
Kita harus meminta maaf terlebih dahulu padanya sebelum dimaafkan
Sekiranya tidak, kita akan mencari mereka di Padang Mahsyar nati
Betulkah?

Sebelum terlambat, muhasabahlah diri
Engkau tidak akan mati dengan hanya meminta maaf
Sekurangnya, ego engkau yang 'mati'

Mohon jangan terlalu menjaga hati yang lain
Sehingga terlupa akan hati yang lain
Yang sedang berusaha demi sebuah senyuman darimu
Hargailah selagi ada
Kerana engkau takkan pernah tahu
Apa yang telah dikorbankan demimu

Jadilah seorang yang jujur
Yang tidak menyakiti hati yang lain
Dengan sebuah pembohongan
Demi suatu ikatan
Jadilah seorang yang jujur
Andai ingin difahami dan memahami

END

Tuesday, 8 December 2015

Terkoyak

                                      



Yup..
Aku terkoyak..
Dikoyak..
Dan mengoyak waktu..


Aku tak pandai bercinta
Aku tak indah bicara

Hanya manusia
Yang mengagumimu
Walau takkan
Pernah memiliki

Aku ada didepan mata
Aku tetap selalu ada
Aku manusia
Yang mencintakanmu dalam bisu
Bersendiri aku

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu

Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin
Kan kau mengerti
Selamanya

Ku dikoyak waktu

Selamanya
Selamanya
Ku dikoyak waktu

END

Monday, 7 December 2015

Terakhir

Mengapakah kita Selalu Berjauh Hati
Selalu menyendiri dan Terasa Hati
Apakah kita Tak Sehaluan Lagi
Berat Bagiku.. Berat Bagiku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku

Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku


Saturday, 5 December 2015

Mistakes

Mistakes a.k.a kesilapan..
Semua orang takboleh lari daripada melakukan kesilapan..
Aku sendiri pon..
Tapi lagi menyakitkan bila ia dianggap sebagai kesilapan tatkala niat kita hanyalah untuk menyedarkan..
Kadang orang takpena faham niat kita..
Semuanya akan dianggap seolah ingin menjatuhkan..

Kadang..
Orang menegur bukan kerana mereka lebih baik daripada kau..
Tetapi kerana, dia mungkin sudah pernah melakukan hal yang sama sepertimu sekarang..
Atau mungkin lebih teruk daripada ini..
Kadang mereka menegur dengan niat agar engkau tidak terpesong..
Kerana penyesalan yang datang takkan mampu diundur balik..

Kalau aku..
Sebelum aku buat pape..
Yang boleh kau anggap sebagai kesilapan..
Ketahuilah, aku terlebih dahulu meletakkan diri aku di posisi itu..

tak suka kawan keluar malam
Bukan bermakna tak benarkan kau keluar
Tetapi, kau hidup dalam masyarakat
Kau mungkin tak buat ape2 kesalahan dengan keluar malam
Tapi, malang itu tidak berbau
Andai terjadi apa2, siapa yang mungkin dipersalahkan?
Fikirlah..

selalu masuk campur hal kawan
Bukan bermkna dia seorang Busybody
Bukan dia saja2 nak kacau hubungan kau dengan dia
Tetapi, fikirlah
Mungkin ade silap engkau sendiri yang membuatkan dia bertindak sebegitu
Fikirlah..

Jangan cepat menyalahkan orang laen..
Mungkin kita patut terlebih dahulu lihat diri kita
Kenapa dia buat benda yang kita tak suka?
Kenapa dia buat macam tu?
Apa tujuan dia?
Jangan pernah menuduh membuta tuli
Andai dia menjelaskan, 
Dengarlah dan fikirlah..
Kadang orang bukan nak menjatuhkan tetapi untuk menyedarkan
Bahawa apa yang kita buat tak selalunya betul
Dan tidak sepatutnya dilakukan..
Kadang orang takmakpu nak sampaikan sesuatu dengan cara yang baik

Cuba fikir..
Kenapa kita diberi ujian oleh Allah SWT?
Kerana Itu adalah cara Dia untuk menegur kesilapan kita..
Allah SWT itu bukanlah ibu bapa, keLuarga mahupun kawan yang boleh menasihati kita depan2
Kerana itu, Dia hadirkan ujian sebegitu buat kita..
Sebagai teguran..
Jadi, janganlah kita cepat melatah dengan tiap apa yang terjadi..
Kerana tiap yang berlaku ade sebabnya..
Dan sebab utamanya adalah daripada kita sendiri..

Kadang..
Sebenarnya kita sendiri tahu itu silap kita
Tapi, jarang untuk kita mengakui silap sendiri
Lebih selesa menyalahkan yang lain mungkin...

Sebelum menghukum orang atas kesilapan yang mereka lakukan,
Pertama sekali, fikirlah dengan dalam kenapa ia terjadi
Andai kau tidak bertemu jawapan, maka tanyakan lah pada mereka..
Silap sendiri kita tidak nampak, tapi janganlah terlebih dalam menyalahkan orang..
Kita mungkin merasakan diri ini betul tapi sebenarnya, 
Tuhan juga nampak bahawa punca sebenar adalah daripada kita sendiri..
Cuma kita saja yang ego dalam mengaku silap sendiri..
Belajar memaafkan dan meminta maaf
Tidak salah untuk meminta maaf walaupun itu bukan salah kita
Kerana melalui perkataan maaf itu, besar maknanya buat sesetengah orang..


Mengapa kita masih lagi mampu berkata
"Mane ada orang yang sempurna"
"Kita semua tidak sempurna"
Sedangkan kita sendiri egois dalam memaafkan orang yang meminta maaf,
Dan ego dalam memberi kata dan meminta maaf walaupun sedar ia adalah salah kita sendiri..

Walhal kita sendiri sedar
Tiada insan yang sempurna
Yang tidak melakukan kesalahan dalam dunia ini

Kadang
Ia terserah kepada kita
Sama ada
Untuk menjadi lebih baik
Atau bantu mereka jadi lebih baik..

END

Kabur

Kabur means..benda yang kau takkan nampak jelasnya
even dah ade depan mata kau..
kenapa tajuk ni?
sebabnya..
hari ni, aku decide untuk xpakai spek..
hahaha..
dan juga takpakai lens

tu ja sebabnya?
ha a..tu ja sebabnya

macam malas nak tengok orang..
mungkin..ntahla
mungkin aku yang patut menghilang..
dari kehidupan semua orang
kadang letih tau..
menjaga hati semua orang tapi,
hati kita?
macam takpena wujud..
macam diri ni..takpunya hati dan perasaan..

tapi,
kenapa saat dan ketika ini..
walau sekabur pandangan aku sekalipun
aku nampak sesuatu yang tidak sepatutnya?
mungkinkah?
mungkin tidak..
sebab suaranya..bukan suaranya..
atau hati yang menafikan?

kabur
mane ade orang dalam dunia ni yang nak dilahirkan dengan memiliki pandangan yang kabur..
dulu mungkin pena edit gambar..
letak spek kat diri sendiri even masa tu pandangan cerah lagi..
sebab dulu cita2 nak jadi doktor haiwan
persepsi seorang doktor, mesti pakai spek.kikiki..
sebab nak sangat kan pakai spek smpai edit gambar camtu sekali..
tup, tros makbul..tros dapat pakai spek..
*sigh

tapi skank advance..
ade lens bagai..
orang tak kabur pandangan pon pakai spek jugak..yang takde power
untungla pandangan masih cerah..
taksemua orang sesuai pakai spek..
jagalah mata..
kerana itu nikmat paling penting..
untuk kita manusia..

END

DP

DP is short for Display Photo
kan?
Kat mana ada DP?
kat WhatsApps, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter
dan media2 sosial lainnya
aku sendiri pon ade media2 sosial tu semua
and yes, DP tu wajib
kan..?
xde kan orang yang biar Profile Picture dia kosong ja?

tapi,
ade risiko la bila letak gambar sendiri as DP
kat Whatsapps or mane2 ja
sebab sekarang kan, kadang2
ade jugak tengok kwn2 minta tolong viralkan account fake
yang guna gambar diorang as DP untuk fake account tu


and here
i'm talking about myself
jujur cakap
aku pon ade save DP kwn2 yang aku suka
mungkin ade mkne di sebalik gambar tu
ade kata2
ada gambar pemandangan
and ade juga gambar diorang sendiri

dan since kadang guna gambar sendiri as DP
memang tak terlepas jugakla
daripada jd mangsa rompakan DP oleh member sendiri neyh
yang sengalnya
dahla amik DP orang, siap edit lagi tu
kadang gambar2 yang comel yang download kat internet,
tu pon kne curik jugak
boleh pulak dia buat jadi DP dia
jadi ter-sama pulak DP

tapi, 
kalau DP Whatsapp
dah setting awal2 hanya untuk contact sahaja
status dan last seen pon
sebab obviously yang dalam contact, adalah orang yang kita kenali
kan?
jadi, no harm la
kalau tak suka orang amik DP kita sesuka hati
pandai2lah jaga

aku
kalau orang nak amik DP aku
tanpa pengetahuan aku
memang la marah jugak
tapi, kat Whatsapp terutamanya
aku takboleh nak salahkan sesiapa
sebab aku dah setting awal bahawasanya
hanya yang ada dalam contact list aku yang dapat tengok DP aku
jadi, kalau kena curik pon DP tu
dalam kalangan orang yang aku kenal ja
tak boleh nak marah
tak boleh nak cakap diorang takde hak
sebab memang DP tu
kita sendiri yang pamer
jadi, salah siapa?
kalau dah taknak sangat orang amik DP kita
baik takpayah letak DP
tapi, nak letak jugak kan DP?

kita sendiri yang upload gambar kita kat mana2 media sosial
dan itu dah jadi salah kita sendiri
kalau kat Facebook misalnya
1000 orang dalam friendlist,
adekah kita nk salahkan semua 1000 orang tu 
kalau DP kita, diorang amik?
tak boleh kan?
sebab yang upload gambar tu, adalah kita sendiri
kita sendiri yang nak pamerkan diri kita pada dunia media sosial
jadi, salahkan diri sendiri dulu sebelum pikir untuk salahkan or marahkan
pencuri gambar kita

kawan aku curi DP aku, edit DP tu
dan send balik kat aku
mulanya memang aku marah
tapi kemudiannya aku fikir balik
takde gunanya aku nak marah
sebab aku sendiri yang decide untuk letak gambar aku as DP
sebab aku sendiri yang dah membenarkan dia untuk view DP aku bila
dan saat ketika aku save nombor dia dalam contact list aku
kat Whatsapp, kita takley nak hide DP drpd certain orang je, kn?
tapi kdg, untuk group Whatsapp..
kalau tak letak DP gambar sendiri, susah untuk orang kenali kita
sebab taksemua orang ada nombor kita
kan?

aku dah cakap tadi
aku pon ade jugak save DP kawan2
tapi, nak guna sesuka hati tu
tidaklah
atleast aku minta izin dulu
kalau dia tak izinkan
simpan untuk diri sndiri sudahla kan?
kalau dah amik DP orang tu
janganlah sesuka hati guna
nati boleh timbulkan fitnah, salah sangka
memang kita takde niat macam tu
tapi, persepsi orang
kita takley nak kawal
kita memang takboleh nak puaskan hati semua orang
tapi atleast kita boleh control tindakan kita sendiri

kalau awak taksuka orang buat DP awak sesuka hati,
janganlah awak sesuka hati buat kat DP orang
before buat pape, mungkin awak patut letak diri sndiri kat tempat dia
itu jugaklah yang selalu aku buat
aku taksuka orang macam tu, macam ni dengan aku
jadi..sebolehnya, elakkan buat benda cmtue kat orang
Tuhan ni, kalau Dia nak tunjuk
sekelip mata ja boleh jadi
aku tahulah sebab aku memang selalu kena bayar cash pon
huhu

jadi,
hati2lah dengan DP
dan
janganlah salahkan orang bila diorang amik DP kita
sebab
hak dan kuasa meng-upload gambar as DP tu
ada pada kita
sebab tu kadang, aku lagi prefer letak gambar sumting else as DP

kalau DP kena curik ngan secret admirer?
agak2 mane dia curi?
hide/block kat Whatsapp
tapi kita lupe, kat insta facebook wechat
situ pon kita upload gambar jugak
inilah bahayanya media sosial
dan bila benda cmnie jadi
takboleh nak salahkan komuniti
sebaliknya salahkan diri sendiri
sebab kita takley cakap diorang takde hak nak amik gambar kita
sebab tiap pengguna ade hak dengan cara mereka guna aplikasi masing2
kita yang membenarkan mereka masuk ke dalam dunia kita
jadi, kita seharusnya lebih waspada

it's all up to us
coz we're the one who started it
we're the cause for every action made/took by us

reflect yourself before you judge people
before you start pointing/blaming others

END  

Marah?

Aku nie bukannya jenis yang cepat marah sebenarnye..
Yang mana rapat ngan aku, diorang tahulah..
Kadang aku lagi suka pendam daripada cerita..
Sebab kalau cerita pon, orang jarang nak bagi reaksi yang sama macam kita..
Orang takkan rasa macam yang kita rasa..
Kan?
Tapi, memang akn obvious la kalau aku dah marah orang tu..
Mimik muka jangan cakap la..
Orang tak kenal pon boleh pandang semacam..
Tapi, orang yang susah marah ni...
Entahla...
Janganlah buat dia marah,
Sbb korunk takkan tau ape akibatnya bila dia dah marah..huhu


                   

Tapi, itu aku yang dulu...
Aku yang akn marah orang balik bila orang buat aku marah..
Even bagi orang len, Bnda tu kecik je..

Sekarang...
Aku diamkan je..
Takde guna nak tunjuk marah kita dekat orang..
Orang takkan paham..
Kalau rasa nak marah ja, istighfar je la..
InsyaAllah ok..
Kalau dah masuk waktu, solat ja terus..
Atleast boleh lupe kejap punca kemarahan tu..

Sbb kadang2, kita akan buat sumting yang kita tak patut time kita marah..
Bila amarah dah reda, kita nak menyesal pon tak guna..
Kadang kata2 yang keluar time marah, lagi tajam dari mata pedang kan..
Perahu boleh undur, perbuatan ngn kata2 boleh ke?
Masih boleh amik balik ke bila dah obviously lukakan orang?
Boleh..tapi, kesannya tetap akan ada..

Takpe orang buat kita marah
Itu hal dia..
Tapi life is meaningless, worthless kalau asyik nak marah ja..
Kalau ditakdirkan kita meninggal esok lusa,
Berbaloi ke kita nak terus marah orang?
Silap2 meninggal tak sempat minta maaf, dapat kemaafan daripada orang tu..

Jadi, instead of nak marah orang ja..
Mungkin patut reflect dulu reason kita nak marah dia..
Mungkin juga punca dari diri sendiri tanpa sedar..
Jadi, kawal lah amarah anda..heee

Tak elok marah2 tau.. >.<

Tuesday, 17 November 2015

UBAT

ubat oh ubat
sangatlah tidak suka makan ubat
makan pown time terpaksa ja
and..obviously..certain ubat saja..
kenapa hari ini topik pasal ubat?
sebab hari ni saya demam..
jadi, bila demam atau taksihat,
one thing yang selalu bermain di fikiran haruslah encik ubat..


tidak kiralah ubat itu cantik
berwarna warni macam gambar kat atas ni,
saya tetap taknak makan ubat jugakk..
tidakk!!

kalau ubat ni macam gula2
takpelah jugak kan..
kita tunggu jela saintis2 dah pakar2 sekalian
mencipta ubat yang tidak pahit..
heee
ade kemungkinan tak agak2?

sape suka makan ubat?
sila angkat tangan..
macam takde je..
huhu..

tapi,
kalau korunk tak sihat,
makanlah ubat ye
janganlah jadi macam saya ni yang taksuka makan ubat
demam2 pon taknak makan jugak
pagi2 lagi dah terlicin nak jatuh tangga
sebab nak p kelas jugak
lecturer tanye kenapa tak amik mc ja?
saya cakap,
macam tak berbaloi ja demam macam ni nak dapat mc
even hakikatnya, malas nak p klinik
untuk diri sendiri, maaflah diri sendiri
saya memang taksuka p klinik atau hospital untuk anda, wahai diri sendiri
kalau p melawat orang tak kisah pown..
hee

berblog selepas buat assignment
esok xad oii!!
bersediakah?
nak tak nak memang kena ready pown
takley nak lari kemana dah haa
kuatlah hati, tenanglah, tabahlah dengan kritikan
walau nati design tidak mencapai tahap keinginan para lecturer sekalian
*memang tak sampai pon..huhu
insyaAllah boleh usaha lagi
hari esok, tempuhi dengan...kuat..huhu
insyaAllah dipermudahkan..
aminn..

sampai sini dulu coretan kali ini
nati dah dapat keyword baru untuk next entry, akan adelah post baru
keyword oh keyword
hmmm >.<

Wednesday, 4 November 2015

Suka






S.U.K.A
apa itu suka?
suka itu suatu perasaan yang telah Allah swt hadirkan dalam diri kita
tiap manusia takkan terlepas daripada menyukai insan lain dalam masyarakat tidak kira sama ada dari jantina yang sama atau yang berlawanan.
takyah nak nafikan kalau memang hati tu dah suka kat seseorang
that sumone could be your friends, idols, family or etc
xyah nak hipokrit sangatlah dalam dunia nie
nati kne bash saja
pastu akan cakap people salah judge
from your behavior, people sndiri dah boleh buat assumption lah
dan assumption orang tu kadang lagi betul daripada pengakuan diri sendiri
tiap orang mesti takkan lari dari hakikat menyukai seseorang ni, baik muslimah ataupun tak
jadi, jangan pernah menafikan sebab Allah swt sememangnya telah mewujudkan perasaan itu dalam diri kita sejak azali lagi
kau suka tengok baby pon, still can be consider as 'suka'

suka ni meluas maknanya
depend on people camner mereka nak mendefinisikan benda alah perkataan 'suka' ni

aku jugak ada perasaan suka
aku tak menafikan tu
orang yang aku suka pon tahu aku suka dia
kalau aku tak suka kau, kau ingat aku nak ke kawan ngan kau?
tapi, perasaan 'suka' tu ada bezanya
kadang kita kena kenal sumting baru boleh kita cakap, kita suka

kalau kau cakap kau suka dia walaupun kau belum lagi kenal dia, 
camne perasaan suka kau kat dia sebenarnya?
kalau suka yang macam tu, eh same jelah dengan cara kau suka artis either artis Malaysia atau International tu semua
adakah kau kenal artis tu, peribadi dia macam mana baru kau suka dia?
eh, no lah. kau nampak dia dalam TV pon dah boleh fall in love kononnya.
itu pon can be consider as suka

kau nampak dia first time, kau suka dia
sebab apa kau suka dia?
sebab kau just nampak dia. bagi kau dia ade aura dia tersendiri
camner kau boleh suka dia kalau kau tak kenal dia?
sedangkan orang duk heboh guna ayat
"tak kenal maka tak cinta"

kau tak kenal dia
tapi kau nak kenal dia
dan kau bagi guna alasan kau suka dia untuk rapat dengan dia
cara apakah itu?
lepas tu bila dah lama kenal, bila kau rasa kau dah tau banyak pasal dia then tetibe kau sedar perasaan suka kau dah berubah. rupanya dalam dirinya ada sumting yang kau taksuka. rupanya kau tersilap menyukai dia. rupanya kau tersilap terawal cakap kat dia yang kau suka dia. dia tunjuk perangai dia sikit, kau dan sentap. perasaan kau berubah.
jadi, itukah level suka kau kat sumone?
lepas tu bila dia buat perangai, kau gunakan alasan tu untuk jauh daripada dia
sedangkan hakikatnya dalam diri kau tu, dah wujud perasaan suka kat orang lain dah
bagusnya kan kau guna cara tu
untuk cover perasaan sebenar kau and at the same time, meletakkan salah silap tu atas dia seorang ja
apa yang kau dah buat?

bila dah wujud perasaan suka tu
tunggu je dulu
tengok sejauh mana perasaan suka kau tu kat sumone
adakah untuk masa yang lama
atau hanya singgahan sementara
kerana darah masih muda

perasaan kau sendiri kadang kau salah tafsir
hanya kerana di awal perkenalan
kau dan dia banyak luang masa bersama
kau terus yakin dengan perasaan kau?
bagi aku tidaklah
aku banyak luang masa aku fikir pasal perasaan suka aku kat dia
kerana aku juga takut
andainya ia hanyalah singgahan sementara

Hei kau disana
Aku suka kau
Tapi, aku minta kau
Janganlah lagi kau tanya aku the reason kenapa aku suka kau
Sebab
Hanya Tuhan yang tahu jawapanNya
Bila kau tanya, dan tiap kali kau tanya
Pastinya jawapan aku berbeza2
Tapi, kalau kau perasan
Akan ade 1 sebab, 1 jawapan yang sama
Yang aku berikan pada kau tiap kali kau ajukan persoalan hati aku

Kali ini
Mungkin
Dan insyaAllah
Kata hatiku betul
Sebab apa yang aku rasa sekarang
Berbeza dengan apa yang pernah aku rasa sebelumnya
Dan instinct aku sekarang
Lagi tepat dari yang sebelumnya
Kerana aku..
Telah meletakkan semuanya padaNya

Dan kali ini
Aku serius menyatakan
Aku suka kau
-.-




henna

henna
sukanya la hai cikmek sorang nie berinai
Kalah orang nak kawen sumer
Krik krik krik
Pantang neyh bila inai yang sebelumnya hilang
Tros buat inai baru
Rasanya macam dah nak full memori bila duk save gambaq inai ja
Tapi, bila orang sowh lukis untuk diorg
Haisy..xbiase meh
Sorry2..
Konfem tak menjadi
Heee

Aritu tolong lukiskan inai untuk kazen mase wedding dy
Errr
Bukan nak puji ke hape ke
Tapi, memang sangat buruk haa..
1st experience buat inai ntok orang

Balik kampung test inai untuk auntie
Pastu dy tnye,
"Duk bachok belaja buat Bnda ni ke?"
Huisy
Tidaklah..
Hahaha
Evento duk fakulti teknologi kreatif
Tapi, ni bukan cabang bidang dia lah
Jauh menyimpang
Hee

Sampai sini ja lah entry
Til next time
Daaaa....


Sweetheart Cafe

 Ever heard of Sweetheart Cafe?
located nearby KbMall

untuk sesape yang suka buat cafe-venture nie, bolehla mencuba melangkahkan kaki ke sini. tempat dia strategik ja. Bangunan sebelah KbMall. Sila google untuk dapatkan direction. heee..

kami jumpa cafe nie pown secara kebetulan saja. Sudah masuk 2x menyinggahkan diri disini. Duduk melepak sambil berbual kosong. interior design dy cantik. sesuai untuk santai2. menu dy included in desserts, western dishes and beverages. dalam entry ni ade sedikit provided gambar related with that cafe. tapi takdela gambar ntok interior design dy. people like me, we take photos for fun. to be included in our blog.






selepas usai membeli belah sakan kat KbMall, ok la kan nak datang duduk melepak disni.
wifi juga disediakan. evento berpassword, tapi tipikal cafe, mesti ade sumwhere in that cafe yang dy provided with their wifi password. harga menu adalah standard cafe. services were great.
you could end up hanging up here for hours dengan kemudahan dan keselesaan yang ada. privacy pon terjaga sebab dia ade certain corner dy yang strategik. tables are provided with 2-4 chairs per table. so, kalau datang ramai tu, might be considering separate table lah. heee

hope one day, any cafe-venture out there would take a moment a visit this place.
for me, i prefer this cafe.
i would give me senses of calm and peacefull
sometimes, when i was in depressed and wanting to go sumwhere to be relax, i would choose a cafe of this kind. only in this kind of places that you can stare out of the window and let everything go as it is. would like to go here again soon.
the simplest, easiest cafe to be found yet comfortable

take your time and visit Sweetheart Cafe

thank you for reading

Friday, 30 October 2015

Arnold's

Harini aku dengan adik merayau Kota Bharu. Destinasi kami kali ni, KbMall. mane lagi nak p kan? Kat KbMall, kami singgah kat Arnold's Cycling Cafe. Well, me and adik suka la singgah menyinggah cafe2 neyh. Plus, Arnold's dah masuk one in the list untuk kami p survey. Well, once a week cafe-venture..heee

For me, if you guys pown suka lepak cafe macam kami neyh, boleh la datang2 singgah menyinggah di sini.. tapi, kat sini takde makan berat2..just desserts ja such as cakes and bread ja. Dia takda cooking2..more into beverages only. Located kat tingkat 3 KbMall..

Well, tempat dia ok. Cantik dan untuk fotografi, kind of...ok but low lighting la..hee..nak amik gambar pon kami guna night mode..

Sesuai untuk lepak lepaskan penat sambil minum2, sembang kosong ja..

Well, off topik.

Next time kami p cafe laen pulak..ade lagi dalam list nie..

Japgi nak update pasal Sweetheart Cafe. not my sweetheart but a name of a cafe which i had went to before.. heee...

Friday, 16 October 2015

Owie


Nama dia Owie. mane datang Owie? errr.. ade kisah disebaliknya. hahaha. she's a girl! masa kecik2 dulu, dialah yang paling kecik antara 4 beradik. tapi seekornya mati selepas seminggu. still, dia yang paling kecik. aku selalu tengok dia. sebab dia paling kecik. moga kau membesar dengan baik, budak. itu yang selalu aku doa dalam hati sebab kadang2 risau jugak sebab dia yang paling kecik. dia selalu susah nak menyusu sebab Junie dengan Linie besar gedabak, montel gebus sampai Owie tak mampu nak bersaing dengan diorang untuk menyusu. Nama Junie sempena Niko. Niko Junior, jadilah Junior and jadilah Junie. Linie sebab Little Niki. sebab sebijik dengan Niki Puyin, her mother. jadilah Linie.

Junie ngan Linie berjaya dijual maka tinggallah budak Owie kat rumah nie sendiri. bukan takde orang nak, ade je orang nak tapi dulu Uncle chop dia but last2 Uncle takjadi amik. malas dahlah nak iklankan pown. alhamdulillah, dia membesar dengan baik. indeed, ape yang pernah aku cakap dulu pasal dia alhamdulillah jadi realiti. You're going to be a special one. indeed, u did little Owie..

terima kasih sebab pinjamkan Owie. bolehlah dia ceriakan suasana rumah nie. malam2 masuk bilik, naik atas katil, kacau orang tido sampai orang takboleh tido pastu dengan selambanya pergi tempat laen lepas dah puas kacau..

petang tadi, dia kejar belalang kat rumah, sekali belalang tu hinggap kat aku. dahla jenis penakut aku neyh. pastu aku ngan dia pulak same2 ade loceng, jadi salah faham je selalunya..budak owie yang terlebih baik bila selalu tunggu lipas kat dapur. bila dah dapat, bawak datang kat aku, si penakut lipas neyh. mau sampai ke bilik aku lari..hehehe

well, taklama lagi owie dah nak dapat adik. sila behave ye owie ;)

semua sayang Owie =)

Monday, 17 August 2015

Musim Masuk Universiti

Bulan September semakin menghampiri. Rata-rata student lepasan matrik, STPM dan setaraf dengannya sudah mula mendapat jawapan either dapat sambung belajar ke peringkat yang seterusnya ataupun tidak. Tahniah diucapkan buat adik2 yang dapat offer sambung belajar. Alhamdulillah, rezeki untuk sambung belajar itu masih ada. Bersyukurlah terutamanya yang mungkin mendapat lebih daripada 1 tawaran kemasukan. Iyelah, kita mungkin tidak tahu, tetapi mesti ada juga dalam kalangan teman-teman sebaya kita di luar sana yang tidak mendapat peluang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Rezeki masing2, siapa yang tahu kan?

awak tahu tak macam mana rasanya bila tidak dapat tawaran seperti orang lain?

Saya tahu sebab saya sendiri pernah mengalaminya. Pertamanya, selepas SPM bilamana teman-teman kebanyakkannya dapat masuk matrik. Saya tak dapat masuk matrik. Pengalaman duduk matrik pun saya tak tahu camner rasa dia. Yang ada hanyalah pengalaman duduk di MRSM. Seronoknya dengar kawan2 bergembira lebih2 lagi bila ada antara mereka yang dapat tempat sama. Jodoh persahabatan mereka masih panjang rupanya. Tapi, di sebalik itu semua, alhamdulillah saya dapat tawaran Diploma. Dapat offer Diploma buat saya rasa bangga sedikit sebab dulu saya selalu ja jadi student top5 BOTTOM. Hahaha.. Nama ja student MRSM, tetapi bersaing dengan budak pandai ni, lain ceritanya. Atleast, kalau ada rezeki, dapatlah saya cepat menempuh alam pekerjaan. Sedangkan kawan di Matrik, perlu menyambung pelajaran lagi sebelum menempuh alam pekerjaan. Apa yang saya fikir waktu itu, ini peluang untuk saya melonjak selangkah lebih hadapan daripada mereka. tetapi, rahsia rezeki itu di tangan Tuhan.

Kali keduanya, selepas Diploma. Memandangkan CGPA tidak setinggi kawan2 yang lain disebabkan oleh kurangnya usaha serta masalah2 yang dihadapi sepanjang proses ke alam dewasa neyh, maka tertinggallah saya di belakang. Walaupun begitu, dengan hanya segulung diploma, tekad juga cari kerja. Masa tidak dibazir begitu saja. Masa tidak menunggu kita tau. Dan disaat teman2 sedang struggle belajar demi segulung ijazah, alhamdulillah, saya pula ketika itu berada di syarikat beprestij antrabangsa. Walaupun dengan hanya berbekalkan diploma. Kerna itu saya cakap, rahsia rezeki itu di tangan Tuhan. Dengan hanya berbekalkan Diploma Pengajian Perniagaan, saya sempat merasa pengalaman bekerja di syarikat antarabangsa. Dengan dua jawatan berbeza, Vessel Account Assistant dan Payroll Officer. Rezeki itu datang lagi dengan tawaran menyambung pengajian di UMK.

Jadi, buat adik2 diluar sana, bersyukurlah dengan apa yang anda dapat pada waktu dan ketika ini. Peluang itu tidak datang selalu. Tidak rugi mengambil peluang. Yang ruginya apabila kita menolak peluang yang datang kerna kita tidak tahu apa yang akan mendatang kemudiannya. Sesetengah orang, rezekinya datang selepas dia memulakan langkah pertama.

Saya merupakan pelajar Tahun 2 Universiti Malaysia Kelantan dalam bidang Rekabentuk Komunikasi. Tetapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa saya bukanlah sebaya mereka yang sama batch dengan saya. Fizikal membuatkan saya kelihatan seperti saya sebaya saja dengan mereka. Tidak dinafikan, kadang2 saya fikir mereka sangat tidak berfikiran matang dalam sesetengah perkara. Zaman diploma saya dulu tidaklah begitu. Mungkin trend zaman ini yang membuatkan mereka begitu. Tetapi, biarlah. Zaman kami Diploma dari umur 19 sehingga 21tahun, kami juga bersifat kebudak-budakan.

Pesanan untuk adik2, sepayah mana pun sesuatu itu, cubalah sehabis baik. Kesusahan di zaman universiti itu hanyalah mungkin 5/10 daripada waktu anda bekerja suatu hari nanti. sesibuk mana pon alam universiti, atleast masih ada yang mampu luang masa hangout tak kira masa, kuar sampai lewat malam, date instead of study, maen game bagai, beriadah. Tetapi, bila dah masuk alam pekerjaan, untuk luang masa tengok tv pon kadang2 masih fikir kerja. Lainlah kalau lepas habis belajar ja, jadi boss goyang kaki dalam bilik. Oh, bukan semudah itu ya. Saya punya saudara yang bekerja dan mempunyai pangkat yang tinggi dalam organisasinya. Tetapi, aktiviti kerjanya tidak hanya di pejabat. Malahan dia harus pergi ke mana saja anak buahnya pergi hatta masuk hutan camping sekali dengan diorang bersama. Dulu saya pun goyang kaki jugak di ofis tetapi, ofis bukan kita yang punya jadi ada yang memerhati. jadi obviously, kena buat kerja even takde kerja dan kena cari kerja even bukan urusan kita. Suatu hari nanti, pasti anda semua akan merasai pengalaman itu. Tapi, alam pekerjaan itu menyeronokkan sebenanrya.

Well, universiti mana pun awak masuk, kos ape pon awak dapat, cuba dan berusahalah. belajarlah berdikari kerana melangkah masuk ke alam universiti menandakan anda juga sedang melangkah masuk ke alam dewasa. awak bukan lagi budak kecil yang makan bersuap lagi. awak kini adalah seorang yang makan sendiri. jadi, berdirilah di atas kaki sendiri. Rahsia rezeki itu di tangan Dia. Redha lah dengan tiap assignmnt yang mendatang. siapa tahu itu mampu membantu anda suatu hari nanti. saya bekas pelajar diploma pengajian perniagaan tetapi mendapat kerja dalam bidang perakaunan walaupun kami hanya belajar basic ja untuk akaun dulu. nampak tak, even subjek yang biasa2 mampu tolong kita create our own future. jadi jangan amik mudah akan apa ja yang akan awak belajar nati. selagi kita hidup, kita harus belajar dan belajar walau dari mana pun sumbernya.

jadi, selamat belajar buat adik2.

cc:Tuan Bayiruddin for the topic