Thursday, 30 June 2016

Harapan

Tahun demi tahun
Ia berlalu
Harapan hanya tinggal harapan
Bahawasanya aku ingin kembali ke sini lagi
Tempat aku mula berdikari
Tempat aku mula menjadi aku yang ini
Tempat aku menjadi aku
We've been counting years
Towards our reunion
To open up our time capsule
Tapi, ape dah jadi dengan time capsule tu?

Last aku jejak kaki ke sini,
Masa nak amik result SPM
Then, no more
Kerana jarak yang bukannya dekat
Jadi, hanya menunggu masa detik reunion itu tiba

Tapi, kegembiraan dan penantian itu
Memberi banyak dugaan
Harapnya dapat berkumpul kembali
Bersama teman, adik-beradik, umi

Tapi harapan hanya tinggal harapan
Perginya kakak sejurus menamatkan peperiksaan SPM
Memberi kejutan besar buat semua
Lebih lagi pada aku, yang sentiasa bersama di saat akhirnya
Sangka ku, hanya penyakit biasa
Namun dikhabarkan lain apabila saatnya tiba

Dan harapan juga tnggal harapan
Apabila Umi homeroom pula
Meninggalkan kami adik beradik di bawah jagaannya
Sepanjang 2007-2008
Pada penghujung Mei yang lalu

Umi, how i wish i could see u
And i thought that i could meet u one day
But His planning is far beyond my imagination
He loves you more

Jadi, apa lagi yang mampu diri ini harapkan?
Kenangan pahit manis itu ada
Wujudnya persahabatan
Wujudnya perasaan
Wujudnya kemenangan
Wujudnya kekalahan

Sekarang 2016
Lagi 2 tahun
Who will i be in the next two years?
Could i be a better me?
Would i show them my better life?

Most importantly
Would i be attending the event?

Dear MRSM AG
dear mates
Thank you for those memories
Thank you for accepting me
Thank you for those relationships
Thank you for everything

Without you,
Where would i be standing by today


-AZ-

Wednesday, 15 June 2016

Alasanmu



Apakah alasanmu?
Wahai hati yang masih menunggu, yang masih bersama walau seringkali dilukai..

Apakah alasanmu wahai engkau
Yang masih terus menyalahkan aku tetapi masih ingin mengulangi kesilapanmu yang sama
Yang masih menyakiti aku walau kau sudah tahu akan hal itu
Mencari yang melarikan diri dan menghukumi yang masih tinggal
Yang cuba memegang dua benda dengan satu tangan agar ia kelihatan seolah engkau sedang memegang hanya satu benda?

Apakah alasanmu wahai engkau
Yang konon ingin menjauhkan diri namun seolah ingin minta dikejari dan dicari lagi
Yang berkata percaya pada Dia namun meluahkan pada yang kaku
Siapa yang ingin kau tarik perhatiannya?
Yang ingin move on tapi masih berpegang pada yang itu

Apakah alasanmu wahai hati
Yang terus cuba bertahan dengan apa yang terjadi
Yang terus cuba bersabar
Yang terus cuba memendam

Sampai bilakah engkau mampu
Kerana sabarmu juga ada batasnya wahai hati
Suatu masa kupinta kau lepaskan
Luahkan
Bukan untuk mencari masalah
Tapi demi mendapatkan ketenangan buat hatimu sendiri
Kerana engkau sendiri sudah maklum
Bahawa hatimu sudah lama remuk
Dengan manusia yang seringkali meletakkan semua masalah padamu
Kesilapanmu sendiri masih mampu engkau tanggung
Namun bukan kesilapan manusia yang lain
Berhentilah dan berpalinglah pada jalan yang lain

Kerna
Walau sejauh mana diikut jalan itu
Itu mungkin bukan jalan engkau
Seandainya ia ditakdirkan sebagai jalan engkau
Sejauh mana detour yang kau ambil,
Engkau tetap akan kembali pada jalan itu
Pasti engkau akan kembali menemui jalan itu
Pasti engkau akan ditemukan kembali dengan jalan yang itu.

Kerna
Ada jalan yang laluannya seolah laluan yang sama
Namun sampai suatu ketika
Engkau akan sedari, di depan sana
Ada jalan yang memisahkan engkau dari laluan utama
Seandainya ia ditakdirkan
Percayalah engkau pasti akan menemui jalan itu kembali
Percayalah pada Dia yang Satu
Yang telah menciptakan jalan itu buatmu
Kerna hanya Dialah yang Mengetahui
Kemana jalan itu kan membawamu di hadapan sana..

Jadi,
Berhentilah mencari alasan
Tapi ciptalah alasan
Untuk dirimu sendiri.

Sunday, 5 June 2016

Terperangkap

Terperangkap.
Siapa?
Kita semua.
Dimana?
Dalam dunia ciptaanNya dan dunia ciptaan kita sendiri.
Sedangkan diri sendiri tahu dan mengiyakan namun masih jua ingin direalisasikan apa yg diimpikan kemahuan dan kehendak hati.
Dimana harus dicari jalan keluar?
Daripada Dia.
Dia yang menciptakan semua, Dia yang telah menuliskan semua takdir setiap insan di muka bumi ini.
Tentanglah ceritanya andai terasa diri kamu mampu.
Sekuat mana pun dicuba, yang dilakar olehNya sahaja yang akan terjadi.
Kerana apa yang diinginiNya untuk terjadi akan tetap terjadi sama ada cepat atau lambat.
"Kun fayakun"

Didiklah hati supaya terus kuat dengan segala yang telah diberikan olehNya.
Supaya mampu menerima segala dengan sebaiknya.
Kerana bukan sahaja hidup dan nyawa, bahkan semua yang dimiliki kita pada hari ini jua, hanyalah sekadar pinjaman dunia yang sementara cuma.
Pandanglah Tuhanmu yang Satu kerana Dia tidak pernah berpaling daripadamu sejauh mana pun kamu melangkah pergi daripadaNya.

Selamat Menyambut Ramadhan 2016

Saturday, 4 June 2016

Ilham

Ilham..
Kadang ada yang tertanya, bagaimana seseorang itu mempunyai ilham untuk menjadikannya nukilan dalam penulisan blognya. Ilham yang sepertimana yang terbit di benak fikirannya sebelum memulakan ayat pertama dalam penulisannya?

Kalau ditanya pada aku, aku sebenarnya dah lama menulis blog. Sudah beratus entry aku coretkan namun, ada blog yang sudah aku hapuskan. Mungkin kerana entry-nya sudah tidak sesuai lagi. Dan mungkin kerna apa yang aku tuliskan itu, seharusnya menjadi tulisan dalam diari cuma.

Jadi, kenapa aku kembali menulis blog? Apa yang aku lakarkan dalam blog aku neyh? Untuk siapa? Aku kembali menulis kerana kadang kita sebagai manusia hanya mampu meluah, memberi pendapat tapi jarang untuk didengar dan diterima sang pendengar dan sang pembaca.

Kadang ingin menegur namun lisan tidak mampu dan perbuatan juga tidak mampu. Hanya mampu dicoretkan disini agar sang pembaca dan sang pelaku terasa dengan sendiri. Mungkin ada entry aku dalam blog ini yang aku tujukan buat orang-orang tertentu. Dan kalau anda merasakan lakaran dalam blog ini ditujukan buat anda, mungkin ia dan mungkin juga tidak. Kerna dalam dunia ini tidak hanya wujud aku dan kamu.

Kadang ada yang mampu menerima teguran dengan baik namun ada juga yang hanya akan berubah apabila ia terasa dengan kata-kata seseorang yang ditujukan buatnya. Mereka berubah kerana sentap dengan apa yang dicoretkan kerana bagi mereka, apa yang dicoret itu benar namun kerana ego, diri menafikan. Aku follow insta DakwahSentap. Yup, jujur diakui kadang terasa dengan apa yang dicoretkan kerana kita semua manusia yang pernah mengalami dan merasai sebelum mampu menasihati. Kadang nasihat bukan sekadar nasihat.

Sedari kecil, aku merupakan anak yang pendiam. Aku tidak banyak bicara. Hariku diluangkan dengan membaca. Dan kalau dilihat dalam kamar, pasti ada kotak2 menghiasi. Kotak2 yang mengandungi pelbagai cerita sejak aku dibangku sekolah mungkin. 

Kini, kerajinan untuk menulis itu semakin berkurangan. Yang ada hanyalah kerajinan dalam menaip. Ahahaha. Diari juga makin berkurang dan apa yang dicoretkan juga semakin berkurang kecuali, sesuatu yang ingin diingati pada masa beberapa tahun akan datang.

Tapi, harapanku untuk pembaca, tidak salah untuk mengadu tapi mengadulah pada yang setia mendengar iaitu pada Allah swt yang Satu. Dan bukannya di media sosial. Untuk apa diluahkan pada media sosial? Untuk tarik perhatian siapa? Untuk raih simpati siapa? Adakah masalah itu, aduan itu mampu diselesaikan hanya dengan meluah pada media sosial?

Pilihla sebaiknya jalan untuk menjadi sebaik2 seorang manusia yang hidupnya didunia hanyalah pinjaman semata2..

END